KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Kajian ini merupakan satu kajian yang menggunakan pendekatan kaedah kualitatif
dan tindakan yang dilakukan berpandukan kepada model kajian tindakan yang
dicadangkan oleh Kurt Lewin (1946).


Rajah 1: Model penyelidikan tindakan Kurt Lewin

Menurut Akhtar Pardi (2015), model ini mengandungi empat langkah kajian tindakan
iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Kajian ini akan berulang sekali
lagi dengan membuat penambahbaikan terhadap perancangan asal sekiranya
masalah tidak dapat diatasi. Maka pengkaji perlu menekankan kitaran kedua
sehingga masalah berjaya diatasi. Secara amnya, kajian tindakan merujuk kepada
penyelidikan ke atas amalan pengkaji untuk mengubah dan menambahbaik amalan
sedia ada. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk membantu murid
dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap tanda baca sekaligus menigkatkan
penguasaan murid dalam kemahiran membaca secara mekanis.


Pelaksanaan Tindakan


Penyelidikan tindakan ini dijalankan semasa pengkaji menjalani praktikum fasa 1.
Tempoh pelaksanaan penyelidikan tindakan ini adalah selama sebulan dari 10 Mac
KLQJJD$ULOPHOLEDWNDQSHQJJXQDDQμ.DHGDK;SOXV¶7HUGDSDWWLJDDNWLYLWL
\DQJWHUNDQGXQJGDODPμ.DHGDK;SOXV¶\DQg dilaksanakan secara berperingkat di
mana setiap aktiviti tersebut ada objektif tertentu yang perlu dicapai oleh murid.

Free download pdf