Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1
ALVECARLOS BIN KASSIM
NAMA PENYELIA: EN. TAJIP BIN TASSAN
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN KATA SENDI
NAMA “DARI” DAN “DARIPADA” DALAM KALANGAN MURID
TAHUN 4 MENGGUNAKAN PEMBARIS DARDAR

ABSTRAK
.Kajian tindakan ini adalah mengenai penggunaan Pembaris DarDar dalam membantu murid
tahun 4 menggunakan kata sendi nama “dari” dan “daripada” dengan betul dalam ayat. Peserta
kajian tindakan adalah terdiri daripada 4 murid, iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan yang mempunyai
tahap pencapaian akademik yang berbeza di salah sebuah sekolah rendah di daerah Tuaran,
Sabah. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid menggunakan kata sendi nama
“dari” dan “daripada” dengan berbantukan Pembaris DarDar dengan betul dalam ayat. Kajian ini
dilaksanakan berdasarkan model penyelidikan Kurt Lewin ( 1948 ) yang melibatkan empat
peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Ujian penilaian (Ujian Pra dan
Ujian Pos), analisis dokumen dan soal selidik telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data
dalam kajian ini. Oleh itu, data yang dikumpul melalui kaedah ini dianalisis bagi membuktikan
keberkesanan intervensi dalam menangani isu kajian. Dapatan kajian jelas membuktikan pembaris
DarDar dapat meningkatkan kemahiran murid menggunakan kata sendi nama “dari” dan
“daripada” dengan betul. Kajian selanjutnya dapat dipertingkatkan melalui penambahan elemen
audio dan gambar bergerak untuk membimbing murid menggunakan kata sendi nama “dari” dan
“daripada” dengan lebih berkesan dan menarik. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat membantu
murid dan guru untuk meningkatkan kemahiran menggunakan kata sendi nama “dari” dan
“daripada” dengan betul pada masa akan datang.

ABSTRAK
Media cetak terdiri daripada media yang mempunyai banyak teks, perkataan juga gambar yang
dicetak. Terdapat pelbagai media cetak yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan media bercetak
dalam pembelajaran Bahasa Melayu serta mengenal pasti kepentingan bahan bercetak dalam
pembelajaran Bahasa Melayu di IPGK Kent. Kajian dijalankan untuk melihat persepsi guru pelatih
PPISMP (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda) di Jabatan Pengajian Melayu tentang
penggunaan media bercetak dalam pengajaran mereka sepanjang di IPGK Kent. Responden
terdiri daripada 3 orang guru pelatih daripada PPISMP. Kajian dilaksanakan dengan mengumpul
maklumat berdasarkan analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Kaedah kualitatif mengkaji
mengapa dan bagaimana keputusan dibuat dan hanya sampel yang kecil diperlukan tetapi
diberikan tumpuan. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa guru pelatih PPISMP
mempunyai persepsi yang berbeza tentang penggunaan media cetak dalam sesi pembelajaran
Bahasa Melayu. Pengkaji telah mengenal pasti kepentingan bahan bercetak dalam pembelajaran
Bahasa Melayu. Dapatan juga menunjukkan penggunaan media bercetak bukan hanya bertumpu
kepada pembelajaran Bahasa Melayu tetapi digunakan juga sebagai bahan utama dalam
penulisan kerja kursus. Antara cadangan yang dikemukakan adalah menekankan kepada
kemudahan guru pelatih untuk mendapatkan bahan media bercetak dan guru pelatih harus
didedahkan dengan pengetahuan tentang penggunaan media cetak dalam pembelajaran.


JACQUELYN ASRIN ANAK ASIN
NAMA PENYELIA: EN. TAJIP BIN TASSAN
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MEDIA CETAK SEBAGAI BAHAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU DI IPG KAMPUS KENT: SATU KAJIAN KES
Free download pdf