Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1
MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD HASHIM
NAMA PENYELIA: EN. TAJIP BIN TASSAN
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN JENIS
BERITA MENGGUNAKAN TEKNIK DONUT DALAM KALANGAN
MURID TAHUN 5

ABSTRAK
Kajian tindakan ini adalah mengenai penggunaan Teknik Donut dalam membantu murid tahun 5
untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis berita. Peserta kajian tindakan terdiri
daripada 4 pelajar, iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan yang berbeza tahap pencapaian akademik di
salah sebuah sekolah rendah di daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan
kemahiran murid menulis karangan jenis berita dan juga mambantu murid mengaplikasikan Teknik
Donut dalam menghasilkan sebuah karangan berita yang baik. Kajian ini dilaksanakan
berdasarkan model penyelidikan Kurt Lewin ( 1948 ) yang melibatkan empat peringkat iaitu
merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Ujian penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pos), analisis
dokumen, soal selidik dan pemerhatian telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dalam
kajian ini. Oleh itu, data yang dikumpul melalui kaedah ini dianalisis bagi membuktikan
keberkesanan intervensi dalam menangani isu kajian. Dapatan kajian jelas membuktikan Teknik
Donut dapat meningkatkan kemahiran murid menulis karangan jenis berita dengan lebih baik.
Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat membantu murid dan guru untuk meningkatkan kemahiran
menulis karangan menggunakan Teknik Donut dalam kalangan murid tahun 5 dengan betul pada
masa akan datang.

ABSTRAK
Kesantunan berbahasa merupakan suatu aspek penting yang menunjukkan kesopanan seseorang
individu semasa berkomunikasi dalam kehidupan harian. Salah satu aspek yang dinilai dalam
kesantunan berbahasa adalah melalui penggunaan kata sapaan. Kata sapaan ialah kata yang
digunakan untuk menyapa orang yang diajak berkomunikasi. Kajian ini berfokus kepada
penggunaan kata sapaan bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent. Penggunaan
kata sapaan yang betul adalah penting kerana sesuatu kata sapaan yang digunakan menunjukkan
rasa hormat terhadap orang yang disapa. Penggunaan kata sapaan yang tidak betul boleh
menimbulkan kesalahfahaman antara pihak yang menyapa dan pihak yang disapa. Oleh itu, kajian
ini dijalankan untuk mengenal pasti bentuk kata sapaan yang digunakan oleh siswa guru di IPG
Kampus Kent serta menganalisis faktor penggunaan suatu bentuk kata sapaan itu. Kajian yang
dijalankan merupakan sebuah kajian kes dengan menggunakan metadologi kualitatif. Kaedah
pemerhatian dan temu bual digunakan untuk mengumpulkan data yang diperlukan ke atas tiga
orang siswa guru yang berbeza bangsa di IPG Kampus Kent. Hasil kajian mendapati bahawa
terdapat beberapa bentuk kata sapaan yang digunakan oleh tiga orang siswa guru itu di IPG
Kampus Kent untuk menyapa pensyarah, staf dan rakan siswa guru yang lain.


RANNI GABRIEAL YAMIN
NAMA PENYELIA: EN. TAJIP BIN TASSAN
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
KESANTUNAN BERBAHASA MELALUI PENGGUNAAN KATA
SAPAAN BAHASA MELAYU DI IPG KAMPUS KENT:
SATU KAJIAN KES
Free download pdf