Seminar Penyelidikan Pendidikan

(Hazniza45) #1

Kasip merupakan salah satu jerat tradisional yang diwarisi turun temurun oleh masyarakat
Kadazan Dusun yang diperbuat daripada bahan yang mudah diperolehi seperti sulu’, giman dan
tuai. Penggunaan jerat tradisional dalam kehidupan masyarakat Kadazan Dusun terdahulu adalah
untuk memerangkap haiwan sebagai sumber makanan dan menghalang haiwan daripada
merosakkan hasil tanaman. Namun, peredaran zaman telah menyebabkan penggunaan jerat
untuk memerangkap haiwan semakin kurang popular sehingga generasi muda sendiri tidak
mengenalinya. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti kearifan lokal masyarakat
Kadazan Dusun di Kampung Libang Laut, Tambunan dalam penggunaan kasip dan memulihara
pengetahuan tersebut menggunakan kaedah pengembalian semula. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif iaitu kajian etnografi di mana kajian lapangan dan kajian perpustakaan
dilaksanakan. Kajian lapangan dijalankan di Kampung Libang Laut, Tambunan selama seminggu.
Kaedah temu bual separa berstruktur digunakan untuk menemu bual empat informan tentang
penggunaan kasip. Kaedah analisis kandungan digunakan dalam proses analisis data kajian.
Penemuan kajian menunjukkan kearifan lokal masyarakat Kadazan Dusun dalam penggunaan
kasip iaitu aspek keperluan penggunaannya, kaedah pembuatan yang dilakukan, teknik yang
dipraktikkan dalam melakukan aktiviti menjerat haiwan, dan cara mengenal pasti kawasan
pemasangan yang paling sesuai untuk kasip diletakkan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa
kasip sebagai alat pemerangkap haiwan mesti dipertahankan dan dipulihara untuk mengangkat
kearifan lokal masyarakat Kadazan Dusun. Sumbangan penyelidikan ini amat penting untuk
memelihara pengetahuan tentang kasip agar tidak pupus ditelan peredaran zaman.


VIVIE ESTER PAULINUS
NAMA PENYELIA: EN. VICTOR BAGA
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
PONORIUKAN STILISTIK TANGON
“KINOMBURA OM PULUAN SIGAR, JOHN B. GIRIT”

ABSTRAK
Stilistik merupakan kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan dalam
penulisan. Kini, sedikit sahaja orang Dusun yang tahu tentang cerita rakyat lebih-lebih lagi
tentang cara penggunaan bahasa dalam penulisan. Dalam bidang pendidikan, sedikit sahaja
individu yang membuat kajian tentang penggunaan bahasa dalam cerita rakyat etnik Dusun pada
masa sekarang. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui apakah ciri-ciri dalam aspek stilistik
tentang gaya bahasa perbandingan, pengulangan dan pertentangan dalam cerita “Kinombura dan
Puluan Sigar”. Kajian ini merupakan satu bentuk kajian kes. Metodologi penyelidikan yang
digunakan ialah penyelidikan kualitatif. Instrumen penyelidikan yang digunakan pula adalah
seperti kaedah pemerhatian dengan menggunakan senarai semak, analisis dokumen dan
penyelidikan kepustakaan. Hasil kajian menunjukkan terdapat banyak gaya bahasa stilistik yang
digunakan di dalam penulisan cerita tersebut agar dapat menarik minat pembaca. Contoh gaya
bahasa perbandingan yang digunakan dalam cerita tersebut adalah seperti imejan, metafora,
personifikasi, pleonasme dan simile. Aliterasi, anafora, asonansi, epifora dan rima pula adalah
antara contoh gaya bahasa pengulangan yang digunakan oleh penulis cerita tersebut. Cerita ini
turut menggunakan gaya bahasa pertentangan seperti hiperbola, inversi dan paradoks. Dengan
ini, diharapkan penyelidikan ini dapat menambah pengetahuan tentang gaya bahasa dalam aspek
stilistik kepada murid-murid sekolah dan sebagai rujukan dalam pembelajaran.


DEBBRA DOMINIC
NAMA PENYELIA: EN. AMIDY MALAGOB
JABATAN BAHASA KADAZANDUSUN
KOGORISAN SANDAD DO MOGIIGION KADAZAN DUSUN DOID
KOPONGUNAAN DO GINAMA KASIP ID KAMPUNG LIBANG
LAUT, TAMBUNAN
Free download pdf