geobencana
9.4.3 Menyedari bahawa geobencana mendatangkan kesan terhadap kehidupan alam
sekitar
Pemahaman
Students will understand that...
- Sinaran dari Matahari memanaskan
permukaan Bumi dan menyebabkan arus
perolakan di udara dan lautan,
mewujudkan iklim.
- Di bawah permukaan, haba dari bahagian
dalam Bumi menyebabkan pergerakan
pada batuan lebur. Ini seterusnya
membawa kepada pergerakan pada plat
yang membentuk kerak bumi, mewujudkan
gunung berapi dan gempa bumi.
- Permukaan pepejal Bumi sentiasa berubah
melalui pembentukan dan luluhawa batu.
- Teknologi dibangunkan menggunakan
kejuruteraan, yang melibatkan mengenal
pasti masalah dan menggunakan idea sains
dan idea lain untuk merekabentuk dan
membangunkan penyelesaian yang terbaik.
Essential Question
- Bagaimanakah fenomena geobencana
berikut berlaku?
i. Tsunami
ii. Letusan gunung berapi
(Volkanisme)
iii. Tanah runtuh
iv. Tanah jerlus
v. Pemanasan global
vi. Hujan asid
vii. Gempa bumi
viii. Lubang benam
- Apakah kesan dan akibat geobencana
kepada (i) alam sekitar, dan (ii)
manusia?
- Apakah tindakan kesiapsiagaan yang
diambil oleh manusia/ahli sains untuk
menghadapi geobencana?
- Sesetengah geobencana boleh diramal.
Apakah geobencara yang boleh
diramal?
Bagaimanakah ahli sains meramal
kejadian geobencana?
Pengetahuan
Students will know...
- Kejadian setiap geobencana, seperti:
Di bawah lapisan pepejal kerak bumi ialah
lapisan panas yang disebut mantel. Mantel
adalah pepejal ketika berada di bawah
tekanan, tetapi melebur dan dikenali
sebagai magma apabila tekanan berkurang.
Di tempat yang terdapat keretakan (atau
kawasan tipis) di kerak bumi, magma dapat
datang ke permukaan, misalnya pada
letusan gunung berapi.
Kerak Bumi terdiri daripada sebilangan
plat pepejal yang saling bergerak antara
satu sama lain, dibawa oleh pergerakan
mantel. Di tempat plat bertembung,
banjaran gunung terbentuk dan terdapat
garis kerosakan di sepanjang sempadan
plat di mana gempa bumi mungkin berlaku
Kemahiran
Students will be able to...
- Mengumpulkan, membaca, dan
menilai maklumat saintifik dari buku
dan pelbagai sumber yang berwibawa
untuk menerangkan fenomena.
- Berkomunikai tentang maklumat
saintifik dan teknikal atau idea
(contoh: idea mengenai fenomena dan/
atau proses pembangunan dan reka
bentuk serta prestasi teknologi) dalam
pelbagai format (termasuk secara lisan,
grafik, teks, atau secara matematik).