PERINGKAT 3: PELAN PEMBELAJARAN (Plan Learning Experiences)
Penglibatan (Engage)
Guru menunjukkan tayangan Video 1 dari YouTube terhadap fenomena kenaikan paras air laut
di seluruh dunia. Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=boKd_Pb2HUA
Guru: Dari manakah datangnya gas-gas rumah hijau dan bagaimanakah gas-gas ini
mempengaruhi atmosfera?
Murid menjelaskan fenomena tersebut. (Catatan: Terima semua penerangan murid dan elakkan
menghakimi penerangan oleh murid.)
Penerokaan (Explore)
Guru menjelaskan bahawa tujuan penyiasatan adalah membangunkan model untuk mewakili
kesan rumah hijau dan menyiasat peranan gas rumah hijau dalam pemanasan global. Murid-
murid perlu memplotkan graf yang akan menunjukkan kenaikan suhu di bawah cahaya matahari
dan penurunan suhu di kawasan teduh.
Murid akan dibahagikan kepada kumpulan tiga orang dan setiap penyiasatan mestilah dilakukan
sekurang-kurangnya oleh dua kumpulan.
Sebelum menjalankan aktiviti tersebut, murid membuat ramalan akan apa yang akan berlaku
semasa penyiasatan dan mencatatkannya pada Lampiran ML3-3.
Aktiviti akan berjalan semasa 40 minit di mana balang-balang mereka akan diletakkan di bawah
cahaya matahari selama 20 minit dan 20 minit lagi diletakkan di kawasan teduh. Semasa
penyiasatan, murid merekodkan data ke dalam jadual dalam Lampiran ML3-3.
Selepas masa 40 minit tamat, murid diberikan masa untuk melengkapkan dan membuat analisis
data menggunakan graf. Analisis data dibuat berdasarkan arahan dalam Lampiran ML3-2.
Penerangan (Explain)
Murid menjelaskan graf mereka di hadapan kelas. Selepas pembentangan, murid menjalankan
perbincangan dalam kumpulan untuk menjawab semua soalan dalam Lampiran ML3-4.
Guru: Pada pendapat anda, model yang manakah terbaik untuk mewakili kesan rumah hijau?
Pemanasan global? Bagaimanakah model yang anda bina dapat ditambah baik?
Pengembangan (Elaborate)
Guru menunjukkan Video 2 yang lain dari YouTube terhadap kepentingan pokok dalam
mengawal pemanasan global. Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=h6os97Oh_Cw