- Reflect and Improve: Murid kumpulan lain diminta memberi cadangan penambahbaikan untuk
model tersebut dalam mengekalkan suhu yang sesuai untuk kucing terbiar terutamanya pada
waktu malam yang sejuk atau ketika hujan. - Murid juga membincangkan apa yang mereka dapat dan pengalaman dari aktiviti ini.
Contoh-contoh soalan yang dikemukakan oleh guru:
a. Mengapakah bahan ini dipilih untuk menghasilkan model rumah kucing terbiar ini?
b. Apakah yang anda pelajari daripada aktiviti ini?
c. Apakah pengalaman yang anda pelajari sepanjang aktiviti ini?
d. Wajarkan reka bentuk yang telah dihasilkan dengan memberikan justifikasi dari aspek
kreativiti, replicability, effeciency, dan impak kepada nilai dalam masyarakat.
e. Bagaimanakah pengetahuan sains yang dipelajari dalam aktiviti ini dapat memberi
sumbangan kepada bidang kejuruteraan khususnya dalam reka bentuk binaan?
Evaluate (Penilaian) (Masa: 10 minit)
Activity embedded assessment
Sains – Memerhati, Berkomunikasi (SP 9.2.3), menunjuk cara dan mengkonsepsikan pengetahuan
sains yang digunakan berdasarkan lakaran model “cawan atau termos” (SP 9.4.1), serta hasil lakaran
dan reka bentuk model (SP 9.4.3)
RBT – Menjana idea untuk menghasilkan lakaran model dan membina model yang berfungsi atau
berfungsi sebahagian (SP 2.1.4 dan 2.1.7) menggunakan pengetahuan sains yang sesuai.
Post-activity assessment
Pentaksiran secara bertulis: Lima soalan kuiz untuk menilai kefahaman murid
- Apakah proses yang berlaku di dalam termos?
- Bagaimanakah pengaliran haba berlaku di dalam termos?
- Nyatakan 1 contoh bahan penebat haba.
- Nyatakan 1 contoh bahan konduktor haba.
- Berikan 1 contoh kegunaan haba dalam kehidupan seharian selain memasak?
Lampiran
Lampiran ML5-1: Tafsiran Standard Prestasi untuk Bab 9 Haba mengikut tahap penguasaan 1
hingga 6
Lampiran ML5-2: Tafsiran Standard Prestasi untuk Bab 2 Pembangunan Produk mengikut
tahap penguasaan 1 hingga 6
Lampiran ML5-3: Rubrik Claim, Evidence dan Reasoning
Panduan untuk guru
- Questioning - Sesi penyoalan sehingga murid dapat berfikir dan memberikan jawapan
yang bernas - Communicating - Guru membenarkan murid berkomunikasi dan berbincang sesama rakan-
rakan supaya hasil yang terbaik dapat diketahui - Murid mengaplikasikan proses reka bentuk kejuruteraan untuk menghasilkan model.
Proses reka bentuk kejuruteraan perlu diajar secara eksplisit supaya murid menyedarinya.
Adalah diharapkan murid dapat mengaplikasikan proses reka bentuk kejuruteraan dalam
aktiviti mereka bentuk dan akhirnya menjadi amalan dalam kehidupan seharian.