- Murid membuat kesimpulan tentang fungsi termos.
Contoh soalan :
Mengapakah termos perlu dibina dengan bentuk tersebut?
Apakah yang mempengaruhi fungsi termos?
Apakah yang perlu diubah?
Bagaimanakah pengaliran haba berlaku di dalam produk anda?
Bahan manakah yang merupakan konduktor haba yang lebih baik? Terangkan jawapan
anda.
Mengapakah anda menggunakan bahan tersebut dalam produk anda?
Mengapakah anda memilih bentuk tersebut bagi produk anda?
Bagaimanakah pengaliran tenaga haba boleh dimanipulasikan untuk menangani masalah
bekas menyimpan air panas yang tidak dapat menyimpan haba dalam tempoh yang lama?
Elaborate (Pengolahan) (Masa: 110 minit)
- Murid diminta mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman mereka semasa aktiviti
penghasilan model termos yang dicadangkan untuk melakarkan model rumah kucing terbiar
menggunakan kotak kertas terpakai. Lakaran idea dan perbincangan mesti dikaitkan dengan
aplikasi konsep haba termasuk jenis bahan konduktor dan penebat haba dan warna permukaan
objek. Murid diminta untuk menghujahkan kekuatan yang terdapat dalam lakaran tersebut.
Murid diminta menyelesaikan tugasan ini berdasarkan proses reka bentuk kejuruteraan:
Define problem: Ask to identify the need & constraints
Research the problem: This includes talking to people from many different backgrounds and
specialties to assist with researching what products or solutions already exist, or what
technologies might be adaptable to your needs.
Imagine: Develop Possible Solutions
Plan: Select a Promising Solution
Create, Test and Evaluate prototype
- Share: Murid mempersembahkan hasil perbincangan mereka.