- Sumber tenaga tidak boleh dibaharui
adalah terhad dan tidak boleh dijana
semula.
- Tenaga yang boleh dibaharui berpotensi
sebagai tenaga masa depan.
- Kepentingan penjimatan penggunaan
tenaga untuk kelestarian sumber tenaga
seperti teknologi hijau.
ii. rakan sebaya
iii. laman web
iv. surat khabar dalam talian/ buku
- Kebolehan mengenalpasti maklumat
yang sahih
- Memiliki kompetensi daripada segi
literasi media dan etika media
- Melakar model untuk menerangkan
tenaga suria/ tenaga hidro loji air/ tenaga
angin/ perlombongan batu arang/
carigali petroleum/ tenaga nuklear
- Menerangkan bagaimana tenaga
dikumpul dari sumber bekalan tenaga
PERINGKAT 2: BUKTI PENTAKSIRAN (Determine Assessment Evidence)
Performance Task
- Melakarkan model:
i. tenaga suria
ii. tenaga hidro
iii. tenaga angin
iv. perlombongan batu arang
v. carigali petroleum
vi. tenaga nuklear
untuk menjelaskan bagaimana manusia
menggunakan sumber tenaga tersebut.
Catatan: Lukis satu model sahaja untuk
tugasan yang diterima (rujuk penerangan
di fasa Explore.)
- Membentang hasil kerja.
- Menerangkan hasil dapatan sampingan
(contoh impak kepada ekosistem dan
penduduk tempatan/ pengetahuan dan
kefahaman baharu melalui aktiviti ini).
- Mencadangkan langkah penjimatan
penggunaan tenaga/ penyelesaian
masalah untuk kelestarian sumber tenaga.
- Membincangkan/ mencadangkan inovasi
dalam penggunaan sumber tenaga pada
masa depan.
Evidence
Pengumpulan bukti:
- Pengetahuan:
Cadangan: keputusan kuiz,
pembentangan hasil dapatan, ujian, lisan,
pemerhatian guru
- Pemerhatian:
Proses murid melakarkan model,
kolaboratif kumpulan dan kemahiran
saintifik.
(Rujuk DSKP Sains KSSR, Kerangka
Kurikulum Sains)
- Produk:
Cadangan: Penilaian terhadap lakaran
model berasaskan idea saintifik, refleksi
murid tentang pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari, catatan dalam
science notebook, penilaian kendiri dan
peer review.
PERINGKAT 3: PELAN PEMBELAJARAN (Plan Learning Experiences)
Engage (30 minit)
- Guru memulakan sesi PdP dengan beberapa soalan:
Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukakan:
i. Apakah yang anda faham dengan maksud tenaga?
ii. Apakah yang boleh kita lakukan dengan tenaga?
iii. Berapa banyakkah tenaga yang kita gunakan setiap hari?