- Seterusnya, guru memberi kerja individu merujuk kepada Lembaran Aktiviti diberikan
(rujuk Lampiran ML7-1: Lembaran kerja). Selepas itu, mereka duduk dalam kumpulan 4
orang dan dibimbing oleh guru untuk membincang hasil kerja dalam kumpulan. Guru
membuat ulasan selepas sesi perbincangan murid. Mereka dikehendaki menyimpan hasil
kerja/ mencatat hasil pembelajaran dalam Science Notebook.
Explore (60 minit)
- Murid-murid dikehendaki menghasilkan lakaran model secara individu.
Mereka dibimbing membuat imaginasi dan menjelaskan penggunan sumber tenaga suria
dalam bentuk model. Model ini perlu dilengkapi dengan penjelasan bagaimana tenaga
suria digunakan oleh manusia. Selepas itu, mereka diminta membanding lakaran model
dengan murid-murid lain, dan mengenalpasti lakaran model yang paling sesuai. Guru
memberi cadangan sumber-sumber maklumat yang boleh dirujuk dan membimbing
murid-murid untuk menentukan maklumat yang perlu dicari.
Gambarajah 1: Contoh Lakaran Model
Sumber: https://www.researchgate.net/
Nota:
Models include diagrams, physical replicas, mathematical representations, analogies,
and computer simulations. Models are used to represent a system (or parts of a system)
under study, to aid in the development of questions and explanations, to generate data
that can be used to make predictions, and to communicate ideas to others (NGSS, 2013).
Contoh lakaran model murid adalah seperti dalam Gambarajah 1. Mereka dikehendaki:
i. menjelaskan bagaimana manusia menggunakan tenaga,
ii. menaakul kepentingan langkah penjimatan penggunaan tenaga (contoh cadangan
penyelesaian masalah pembaziran tenaga),
iii. menaakul kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemah.
- Murid-murid membentukkan lima kumpulan.
Kumpulan 1: Tenaga hidro
Kumpulan 2: Tenaga angin
Kumpulan 3: Perlombongan batu arang
Kumpulan 4: Carigali petroleum
Kumpulan 5: Tenaga nuklear