IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1

1 


M: Makanan, air, tempat perlindungan dan
udara.


G: Baik. Tahniah. Berikan tepukan kepada
kamu sendiri.
M: Murid-murid tepuk tangan dan ketawa.


G: Bagaimana pula dengan keperluan asas
tumbuhan?
M: Makanan, air, tempat perlindungan dan
Udara / tidak tahu.


G: Baik. Ingat jawapan kamu semua. Kita
akan melihat semula jawapan kamu
apabila kita belajar keperluan asas untuk
tumbuhan dalam beberapa minggu ini.
M: Baik, cikgu.


Aktiviti 1.1
Memerhati dan membeza
Guru menunjuk ke arah dua buah pasu pokok
bunga / pokok di persekitaran. (Sebuah pasu
pokok dengan daun warna hijau / sihat, sebuah
pasu pokok lagi dengan daun warna kuning / tidak
sihat).


Guru bertanya soalan:
G: Cuba kamu melihat dua pasu pokok bunga/
pokok itu?
M: Murid melihat ke arah yang ditunjukkan
oleh guru.


G: Apakah perbezaan yang dapat kamu lihat
antara pokok A dan pokok B tersebut?
M: Daun pokok A berwarna kuning/layu
manakala daun pokok B berwarna hijau/
sihat.


G: Mengapa kedua-dua pokok A dan pokok B
sebegitu rupa?
M: Tidak cukup air / Tidak tahu


G: Mengapa daun pokok A berwarna kuning/
layu?
M: Tidak ada air / kering


G: Mengapa daun pokok B berwarna hijau/
tidak layu?
M: Ada air / tidak kering / sihat


Pujian dan motivasi.

Guru menerima semua
cadangan jawapan
murid. Tiada
pembetulan pada
jawapan yang salah
(sekiranya ada)
dilakukan oleh guru
pada masa ini.

*Kontekstual

Persediaan awal guru:
Kenal pasti dua
pasu pokok bunga /
pokok yang
berlainan sebelum
kelas.
Guru boleh sengaja
tidak menyiram air
pada salah satu pasu
pokok / pokok
beberapa minggu
sebelum aktiviti
bermula.

Guru boleh
menamakan pokok
layu sebagai “Pokok
A” dan pokok sihat
sebagai “Pokok B”
atau sebaliknya.
Free download pdf