183
keselamatan. Boleh tak?
M: Boleh, cikgu.Guru nyatakan peraturan dan langkah keselamatan
kepada murid-murid. Guru boleh tambahkan
senarai tersebut jika perlu.- Sentiasa mendengar arahan guru.
- Berjalan dalam kumpulan.
- Jangan merayau ke tempat/kawasan lain.
- Tumpukan perhatian semasa guru memberi
penerangan atau menanya soalan. - Jangan bercakap atau membuat bising.
- Angkat tangan sebelum menjawab soalan
guru.
Murid beratur dan menuju ke padang rumput/
pondok.Guru memastikan semua murid telah bersedia
untuk sesi PdP seterusnya.*KontekstualGuru memastikan
murid-murid
berdisiplin.Pencetusan
Idea
(20 minit)
Guru cuba kaitkan keperluan asas (air) manusia
dan haiwan (yang telah dipelajari) dengan
tumbuhan (yang akan dipelajari) dengan bertanya
soalan:G: Apakah topik yang telah kamu belajar dalam
sains sebelum ini?
M: Manusia dan Haiwan.G: Kamu semua masih ingat apa yang
dipelajari dalam tajuk “Manusia”?
M: Keperluan asas manusia, cikgu.G: Baik. Ini menunjukkan kamu memberi
perhatian semasa cikgu mengajar.
M: Terima kasih, cikgu.G: Siapa boleh beritahu cikgu apakah
keperluan asas manusia?
M: Makanan, air, tempat perlindungan dan
udara.G: Baik. Tahniah. Berikan tepukan kepada
kamu sendiri.
M: Murid-murid tepuk tangan dan ketawa.G: Siapa boleh beritahu cikgu apakah
keperluan asas haiwan?Sebelum guru
bertanya soalan,
ingatkan murid untuk
mengangkat tangan
sebelum menjawab
soalan.Pujian dan motivasi.