IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1

1 


Penstrukturan
Semula Idea
(30 minit + 1
minggu
pemerhatian)


Peringatan: Guru dan murid telah berada di luar
bilik darjah, tiada papan putih atau LCD untuk
bantu penerangan guru.

Guru menunjukkan poster dan memberi
penerangan atau melalui sesi soal-jawab tentang
kepentingan air kepada kehidupan:

G: Siapa boleh beritahu cikgu apa kepentingan
air dalam kehidupan harian kamu?
M: Minum/mandi/sihat/segar/bersihkan
rumah/siram pokok/ dan jawapan lain

G: Baiklah, sekarang cikgu akan terangkan
kepentingan dan fungsi air untuk tumbuhan
pula.

Aktiviti 1.2
Permainan: “Siapa betul, dia menang”

Guru minta semua murid berdiri dan berkumpul
serta jarakkan diri di hadapan guru.

Guru memberitahu murid cara bermain dan
peraturan permainan:
a. Apabila cikgu menyebut “cukup air”, kamu
semua perlu berlakon keadaan pokok yang
mempunyai cukup air / sihat.
b. Apabila cikgu menyebut “tiada air”, kamu
semua perlu berlakon keadaan pokok yang
tidak mempunyai cukup air / layu.
c. Cikgu akan bagi arahan dan murid perlu
berlakon.
d. Arahan akan diberikan pada kadar yang
semakin cepat.
e. Siapa yang tidak dapat/sempat membuat
lakonan tersebut akan dianggap kalah.
f. Murid yang kalah akan keluar dan berdiri di
tepi cikgu.
g. Murid yang dapat bertahan paling lama
dianggap menang.

G: Kamu semua faham peraturan ini?
M: Faham, cikgu.

Permainan dimulakan apabila guru dan murid
telah bersedia.

Rujuk Nota 1 di
Lampiran S17-2.
(sebagai panduan)

Permainan melakon
pokok yang cukup air
dan pokok yang tidak
cukup air.

* Kontekstual
Free download pdf