IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1

1 


Permainan boleh diteruskan sehingga hanya
beberapa orang murid yang berjaya (bergantung
kepada budi bicara guru).


Aktiviti 1.3
Aktiviti hands-on: Tumbuhan memerlukan
air untuk hidup.


Guru memaklumkan kepada murid bahawa
mereka akan menjalankan suatu penyiasatan
tentang keperluan asas tumbuhan yang akan
melibatkan air.


Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid
tentang cara penanaman tumbuhan.


G: Siapa boleh beritahu cikgu bagaimana
hendak menanam tumbuhan/pokok dengan
betul?
M: Ambil biji benih/tumbuhan dan
masukkannya ke dalam tanah. Kemudian
siram air.


G: Selepas masukkan biji benih ke dalam
tanah, apa perlu kita buat?
M: Siram air.


G: Kenapa kita perlu siram air?
M: Supaya benih bercambah / supaya benih
tidak kering / supaya benih tidak mati
(guru perlu membetulkan idea murid di
dalam fasa ini).


Guru biarkan murid menerangkan proses
penanaman tersebut. Jika didapati tidak betul,
guru boleh menunjukkan proses yang sepatutnya.


Guru membahagikan murid kepada beberapa
kumpulan (4 orang atau mengikut budi bicara
guru).


Setiap kumpulan melantik seorang ketua
kumpulan.


Guru menunjukkan kepada murid bahan/peralatan
yang diperlukan untuk menjalankan penyiasatan
bagi setiap kumpulan:
 4 – 6 biji benih kangkung


Tepukan diberikan
kepada murid yang
berjaya.
Galakan dan motivasi.

Persediaan awal guru:
Biji benih kangkung
perlu dicambahkan
dahulu menjadi
anak pokok (1-2
minggu sebelum
aktiviti).

Keringkan tanah
beberapa minggu
lebih awal.

Tanah kering boleh
diletak dalam bekas
untuk memudahkan
murid
mengambilnya.

* Kontekstual

Tujuan menggunakan
biji benih dan anak
Free download pdf