IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
11

Terdapat model-model instruksi berasaskan inkuiri yang boleh digunakan oleh para guru, seperti
BSCS 5E Instructional Model (Lampiran S1-3), Needham's Five Phase Constructivist Model
(Lampiran S1-4), Eisenkraft's 7E Instructional Model (Lampiran S1-5), La main à la pâte
framework of science inquiry (Lampiran S1-6), dan sebagainya.


Ringkasan aktiviti


Dalam aktiiti ini, strategi K-W-L digunakan untuk mencetuskan pengetahuan sedia ada peserta
tentang IBSE, dan membantu mereka untuk memantau kemajuan sendiri ke arah penguasaan
pengetahuan yang mantap mengenai IBSE. Sesi dimulakan dengan kerja individu. Peserta cuba
mengingat kembali apa yang telah diketahui oleh mereka (Know) mengenai IBSE. Maklumat ini
akan dicatatkan di lajur K dalam carta K-W-L. Selepas itu, peserta menjana senarai soalan
mengenai apa yang mereka ingin tahu (Want to know) mengenai IBSE. Soalan-soalan ini akan
dicatat dalam lajur W di dalam carta. Selepas kerja individu, perbincangan dalam kumpulan dan
perbincangan yang melibatkan semua peserta akan dijalankan. Kemudiannya, peserta menjawab
soalan-soalan mereka yang telah dicatat di lajur W, sama ada semasa ataupun selepas sesi ini.
Maklumat baharu ini yang telah dipelajari (Learned) dicatat dalam lajur L dalam carta K-W-L.


Objektif


Aktiviti ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk memahami IBSE dengan
sebaik-baiknya. Berasaskan carta K-W-L, peserta mencatatkan pengetahuan pra bengkel mereka
tentang IBSE, mengenal pasti aspek-aspek lain IBSE yang ingin dipelajari serta menerima
pengetahuan baharu atau memperbetulkan miskonsepsi yang mungkin wujud.


Alat dan bahan: Carta K-W-L, pen marker, kertas mahjong


Masa: 2 jam


Prosedur



  1. Setiap peserta diminta menghasilkan satu carta K-W-L.


K W L



  1. Secara individu, peserta mengisi lajur K dan lajur W dalam carta.
     Lajur K adalah mengenai apa yang peserta sedia faham tentang IBSE. Pengisian boleh
    dalam bentuk perkataan, istilah atau frasa yang berkaitan dengan IBSE.
     Lajur W adalah mengenai apa lagi mengenai IBSE yang peserta ingin tahu.

Free download pdf