IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
55

penyelesaian-penyelesaian yang wujud bagi sesuatu masalah. Model (sebagai prototaip) boleh
juga digunakan untuk menguji dan membuat analisis prototaip-prototaip dalam sesuatu sistem
tentang kekuatan dan batasan sesuatu reka bentuk. Sebagai contoh, model boneka (dummies)
digunakan oleh jurutera kereta untuk menilai ciri-ciri keselamatan dalam reka bentuk sebuah
kereta (NGSS Lead States, 2013).


Batasan sesuatu model


Model-model dibangunkan sebaik mungkin agar sepadan dengan fenomena yang cuba dijelaskan.
Namun, perlu diingat bahawa semua model hanyalah merupakan anggaran perkiraan dan andaian
yang dibatasi oleh julat kesahan dan keupayaan ramalan. Maka bagi setiap model yang
dibangunkan, amat penting bagi kita menyedari bahawa terdapat batasan di segi keupayaan sesuatu
model itu (NGSS Lead States, 2013).


Pemodelan sebagai proses utama dalam pembelajaran sains


Apakah tujuan utama penggunaan model di bilik darjah anda?
A. menunjukkan sesuatu fenomena fizikal kepada murid
B. membantu murid mengingat atau mengukuhkan idea yang dikemukakan di dalam kelas
C. mentaksir idea murid
D. mengembangkan idea dan membuat menaakul


Model saintifik digunakan secara rutin dalam sains bukan hanya sebagai perwakilan konsep
abstrak dan sebagai model penjelasan saintifik atau teori, tetapi juga sebagai alat pembelajaran.
Bagi sesuatu fenomena, murid-murid akan membina sesuatu model mental bagi menjelaskan
fenomena tersebut. Coll, France dan Taylor (2005) mengutarakan model mental sebagai usaha
untuk memahami dunia sekeliling dan usaha mencari jalan untuk menzahirkan kefahaman mereka
kepada orang lain. Namun, model mental ini bersifat dalaman, peribadi, dan tidak dapat diakses
oleh orang lain seperti rakan sebaya dan guru. Maka murid digalakkan untuk menzahirkan model
mental mereka supaya dapat dilihat oleh orang lain dengan cara menzahirkannya dengan
menghasilkan suatu model. Model yang dihasilkan ini boleh digunakan untuk perkongsian idea
serta dan membuat murid peka tentang sebarang miskonsepsi sekiranya ada. Pengalaman ini
membantu mereka membina dan menyemak semula model mental mereka tentang sesuatu
fenomena. Model mental yang lebih baik akan membawa kepada pemahaman konsep saintifik
yang lebih mendalam. Di samping itu, penglibatan diri dalam proses pemodelan dapat membantu
murid memahami bagaimana pengetahuan saintifik berkembang. Ini akan dapat meminimumkan
kecenderungan untuk melihat bahawa amalan saintifik hanyalah merupakan satu set prosedur
ringkas, seperti mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah, mengklasifikasikan entiti, dan
mengenal pasti sumber kesalahan (Gilbert, 2005).


Di dalam kelas sains, model boleh dijadikan sebagai suatu alat yang sangat berkesan bagi
menerangkan konsep sains yang abstrak supaya mudah difahami oleh murid. Sesuatu model boleh
dijadikan sebagai pendua, replika atau sebagai representasi objek sebenar yang ingin disampaikan.
Model-model boleh bersifat tiga dimensi, realis dan konkrit, dua dimensi dan bergambar, dan juga

Free download pdf