61
- Cebisan terakhir (10%) adalah untuk baki enam planet yang tinggal.
Geles cebisan terakhir plastisin, bahagikan dan potong kepada 10 bahagian.
Empat bahagian untuk membentuk Uranus
Lima bahagian untuk membentuk Neptune
Tinggal satu cebisan: cebisan ini adalah untuk baki empat planet berbatu.- potong cebisan ini kepada 10 bahagian.
- Lima bahagian untuk membentuk Bumi.
- Empat bahagian untuk membentuk Zuhrah (Venus)
- Bahagian kecil terakhir: Bahagikan bahagian ini kepada tiga bahagian:
Marikh (Mars): mendapat 2 bahagian (kerana Marikh adalah lebih besar dari
Utarid).
Utarid (Mercury): mendapat bahagian terakhir.
- Sekarang anda boleh melabelkan planet-planet anda.
- Bincangkan perihal aktiviti ini.
- Dengan menggunakan model-model planet yang telah dibuat, aktiviti diteruskan dengan
melaksanakan aktiviti jarak relatif antara matahari dan planet-planet.
Klik pada pautan berikut : https://www.exploratorium.edu/ronh/solar_system/ - Peserta boleh bergerak membawa model planet masing-masing ke jarak yang ditentukan oleh
model dalam pautan yang diberikan. - Bincangkan perihal aktiviti lanjutan ini.
Panduan untuk fasilitator
Fasa Model Instruksi 5E Soalan-soalan
Engage (Penglibatan)
- Fasilitator menunjukkan gambar sistem
suria yang terdapat di dalam buku teks
atau bahan relia model sistem suria yang
mungkin terdapat di makmal sains kepada
peserta.
Sekiranya bumi sebesar seperti yang
dipapar dalam gambar, betulkah secara
relatifnya saiz planet Musytari?
Adakah saiz planet yang digambarkan
merupakan saiz relatif sebenar antara
planet?
Explore (Penerokaan)
- Peserta diberi bahan-bahan dan diminta
untuk melaksanakan aktiviti membina
planet-planet mengikut saiz relatif
mengikut prosedur yang diberikan. - Peserta boleh melaksanakan aktiviti
dengan mengikut prosedur secara sendiri
atau boleh juga dibantu fasilitator yang
akan mengikut ‘flow” yang terdapat dalam
slaid.
Ramalkan:
Sekiranya matahari bersaiz satu bola
keranjang, apakah saiz bumi?
Sekiranya musytari bersaiz satu epal,
apakah saiz bumi?