60
Apakah bukti yang menunjukkan
proses-proses yang berlaku?
Elaborate (Pengembangan): Aktiviti 1b
- Peserta diminta menjalankan Aktiviti 1b
dengan menurut prosedur yang disediakan.
Dari manakah punca air yang kita
peroleh yang digunakan setiap hari?
Apakah tujuan kita melaksanakan
aktiviti ini?
Apakah kesedaran yang kita dapati dari
aktiviti yang telah dibuat?
Evaluation (Penilaian)
- Soalan-soalan formatif diajukan kepada
peserta sepanjang fasa-fasa berjalan. - Peserta membuat refleksi terhadap aktiviti
yang dijalankan.
Nota: Fasa Penilaian ini tidak semestinya
berlaku pada akhir pengajaran sahaja seperti
yang diutarakan oleh Orgill dan Thomas (2007).
Apakah kepentingan memelihara
sumber air?
Apakah nilai yang kita dapati dlam
menjalankan aktiviti ini?
Bagaimana penggunaan model dapat
membantu kefahaman aktiviti pada kali
ini?
Rujukan tambahan: http://www.mtscienceducation.org/toolkit-home/scientific-engineering-
practices/developing-and-using-models/activity-2-create-your-own-water-cycle/
Aktiviti 2: Sistem Suria (Masa: 1 jam)
Alat dan bahan
3 bar plastisin, pembaris plastik (panjang 30 cm), kepingan kertas kadboard (untuk melabel), pen
marker.
Prosedur
- Gunakan kesemua plastisin yang diberikan dan geleskan supaya menjadi seberapa simetri
yang boleh kepada satu bar plastisin yang panjang. - Gunakan pembaris untuk tandakan plastisin kepada 10 bahagian.
- Potong plastisin menjadi 10 kepingan yang sama besar dengan pembaris plastik.
- Musytari (Jupiter), planet terbesar dalam sistem suria, mengambil tujuh kepingan itu, (70%
jisim planet, tidak termasuk matahari). - Zuhal (Saturn), planet terbesar kedua, akan mengambil dua baki yang tersisa, (20% daripada
jisim planet.)