83
Penerokaan (Explore)
- Bahagikan peserta kepada 4 orang sekumpulan dan beri setiap kumpulan gelung rotan, kayu
pengukur dan seutas tali. - Peserta akan menggunakan alat yang dibekalkan untuk menentukan lilitan gelung rotan.
- Peserta akan memperoleh maklumat bahawa mereka tidak akan dapat menghitung jejari
dengan tepat tanpa mengetahui pusat bulatan yang tepat, justeru mereka boleh menggunakan
alat yang dibekalkan untuk menentukan lilitan gelung rotan. - Menggunakan pengetahuan mereka tentang jejari dan diameter, dan mempertimbangkan
rumus: semak kembali definisi setiap kosa kata (L = j2π). - Biarkan mereka berfikir sejenak, kemudian semak sama ada setiap kumpulan mendapat rumus
L = dπ. Jika mereka tidak memperolehnya, bimbing mereka ke arah langkah ini dan pastikan
mereka dapat menentukan lilitan gelung rotan. - Akhir sekali, para peserta akan menggunakan tali sebagai alat mengukur, letakkan tali itu di
sekeliling gelung rotan. Sekarang mereka akan mengukur tali untuk melihat sama ada panjang
tali itu sepadan dengan rumus yang dikatakan sebagai lilitan bulatan.
Soalan:
Bolehkah anda menghitung jejari dengan tepat tanpa mengetahui pusat bulatan yang
tepat? Kongsikan idea anda.
Adakah anda dapat melihat perbezaan di antara menggunakan rumus dan menggunakan
tali sebagai alat mengukur perimeter gelung rotan?
Catatan:
Setiap kumpulan akan menggunakan rumus lilitan dan menggunakan tali untuk
menentukan lilitan gelung rotan
Setiap kumpulan akan membandingkan dapatan bagi kedua-dua aktiviti tersebut.
Lampiran S8-1 menjelaskan cara menentukan pusat bulatan dengan menggunakan
pembaris.
Aktiviti melibatkan (i) menggunakan rumus/model L = j2π (ii) menemui 2j = d, (iii)
membangunkan rumus/model L = dπ, dan kemudian (iv) menggunakan rumus/model L =
dπ untuk menyelesaikan masalah.
Sumber: Bahariah et al. (2017)
Penerangan (Explain)
- Setiap kumpulan akan membentangkan dapatan mereka.
- Senaraikan ukuran setiap kumpulan pada skrin.
(PADLET:https://padlet.com/samohas1502/pqar1rzrldoe)