84
- Bincangkan, bahaskan dan justifikasikan sama ada kiraan setiap kumpulan adalah
munasabah dan mengapa. - Peserta akan memberi idea bagaimanakah saintis dan jurutera menggunakan rumus yang telah
dibuktikan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah.
Soalan:
Bagaimanakah saintis dan jurutera menggunakan model matematik? (bandingkan kedua-
dua situasi iaitu menggunakan tali untuk menentukan lilitan gelung rotan serta
menggunakan rumus).
Apakah yang anda tahu tentang kegunaan model matematik dalam kehidupan harian?
Catatan:
Daripada aktiviti dalam Fasa Penerokaan, setiap kumpulan akan menjelaskan perbezaan
dapatan bagi kedua-dua aktiviti (menggunakan model matematik dan tanpa menggunakan
matematik)
Nota: Gunakan CER Rubric dalam Lampiran S8-3 untuk pentaksiran. Para peserta sepatutnya
menggunakan bukti daripada Fasa Penerokaan untuk menjustifikasikan penaakulan mereka.
Pengembangan (Elaborate)
- Peserta dicabar untuk mengembangkan lagi idea untuk mereka bentuk aktiviti lain yang
menunjukkan proses menggunakan model matematik dan membangunkan model matematik
oleh saintis dan jurutera. - Setiap kumpulan akan membincangkan idea.
- Setiap kumpulan akan membentangkan dan berkongsi idea.
Soalan:
Adakah anda mempunyai sebarang idea lain bagi menjelaskan bagaimana saintis dan
jurutera menggunakan model matematik?. Beri dan reka satu situasi/ contoh lain.
Penilaian dan refleksi
Pra aktiviti
- Apabila anda mendengar akan model matematik, apakah yang anda fikirkan?
- Bagaimanakah anda membantu murid-murid untuk menggunakan matematik atau
membangunkan model matematik dalam bilik darjah?
Semasa aktiviti
- Berapakah panjang pagar yang diperlukan? Bagaimanakah anda menentukan panjang pagar
untuk membentuk kepungan tersebut? - Adakah anda tahu bahawa saintis dan jurutera menggunakan rumus yang telah dibuktikan
sebagai alat untuk menyelesaikan masalah? Bagaimanakah saintis dan jurutera menggunakan
model matematik? - Apakah yang anda tahu tentang kegunaan model matematik dalam kehidupan harian?