91
Abattouy, 2009). Sejarah sains dan teknologi turut menekankan proses kejuruteraan yang kini
dikenali sebagai Proses Reka Bentuk Kejuruteraan (engineering design process).
Bagaimanakah sejarah sains boleh diintegrasikan dalam pendidikan sains, kejuruteraan dan
teknologi?
Proses Reka Bentuk Kejuruteraan
Menurut TeachEngineering (2020), proses reka bentuk kejuruteraan adalah satu siri langkah
panduan untuk jurutera menyelesaikan sesuatu masalah. Proses reka bentuk ini adalah
berbentuk ulangan (iterative) yang bermaksud kita boleh mengulangi langkah-langkahnya
mengikut keperluan, membuat penambahbaikan sepanjang pembelajaran sehingga menemui
suatu reka bentuk terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Konsep utama yang ditekankan dalam proses reka bentuk kejuruteraan adalah kolaborasi dalam
kumpulan dan elemen reka bentuk. Ia mengukuhkan pemahaman peserta tentang reka bentuk
terbuka di samping berkolaborasi untuk menyusun idea baru, menerapkan konsep sains dan
matematik, menguji prototaip dan menganalisis data serta meningkatkan daya kreativiti dan
komunikasi dalam penyelesaian masalah.
Terdapat tujuh “langkah” dalam proses reka bentuk kejuruteraan yang dikemukakan oleh
TeachEngineering (2020):
Tanya: Mengenal pasti keperluan & kekangan
Kajian masalah: Ini termasuk mendapatkan maklumat daripada individu yang mempunyai
pelbagai latar belakang dan kepakaran untuk membantu meneliti produk atau penyelesaian
sedia ada, atau teknologi sedia ada yang mungkin dapat disesuaikan dengan keperluan.
Imaginasi: Membangunkan penyelesaian yang mungkin
Rancang: Memilih satu penyelesaian yang munasabah
Cipta: Membina prototaip
Uji: Menguji dan menilai prototaip
Rajah 1: Pam air Al-Jazari