IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
93

Melibatkan diri dalam penghujahan berdasarkan bukti: Kajian sains dan kejuruteraan harus
memupuk sifat ingin berhujah untuk mengajukan dan mempertahankan idea baharu atau
penjelasan tentang suatu fenomena dan norma-norma untuk berhujah. Dalam sains, penaakulan
dan penghujahan berdasarkan bukti sangat penting dalam mengenal pasti penjelasan terbaik
untuk fenomena semula jadi. Dalam kejuruteraan, penaakulan dan penghujahan diperlukan
untuk mengenal pasti penyelesaian terbaik untuk suatu masalah (National Research Council,
2012; NGSS Lead States, 2013). Murid harus berhujah untuk menjelaskan reka bentuk yang
dibina, mempertahankan justifikasi bagi data tertentu dan menyokong reka bentuk yang
dicadangkan.


Ringkasan aktiviti


Peserta diberi satu artikel berkaitan dua adik beradik yang menghadapi masalah untuk
mengangkut air dari sungai ke kawasan yang lebih tinggi (ini merupakan masalah yang
dihadapi oleh manusia sejak zaman dahulu untuk memperoleh sumber air). Dengan
menggunakan proses reka bentuk kejuruteraan, peserta perlu mereka bentuk satu alat yang
boleh membantu mereka untuk menyelesaikan masalah untuk mengangkut air ke kawasan yang
lebih tinggi. Peserta akan membuat rujukan untuk mengenal pasti penyelesaian pada zaman
dahulu (sebagai contoh pam air Al-Jazari). Peserta akan mengubah suai penyelesaian pada
zaman dahulu, serta memanfaatkan pengetahuan dan teknologi sedia ada untuk mereka bentuk
alat ciptaan mereka (penyelesaian baharu).


Pendekatan ini melibatkan peserta dalam projek interdisiplin untuk membangunkan dan
menggunakan kemahiran yang diamalkan oleh saintis dan jurutera (atau amalan sains dan
kejuruteraan), khasnya kemahiran mengemukakan soalan dan mendefinisi masalah, membina
penjelasan dan mereka bentuk penyelesaian, serta melibatkan diri dalam penghujahan
berdasarkan bukti. Selain itu, pemahaman peserta tentang konsep daya dan tekanan dapat
ditingkatkan.


Objektif


Di akhir slot ini, peserta dapat:



  1. Memerihal dengan contoh interdisiplin sejarah, sains dan teknologi.

  2. Mereka bentuk satu alat bagi mengangkut air dari kawasan rendah ke kawasan lebih tinggi.

  3. Menjelaskan proses reka bentuk kejuruteraan dan mengaplikasikannya dalam
    penyelesaian masalah.

  4. Menjelaskan konsep daya dan tekanan.

  5. Menghubung kait antara daya dan tekanan.

  6. Mengaplikasi Amalan Sains dan Kejuruteraan dalam aktiviti yang dijalankan


Alat dan bahan: Komputer riba, projektor, video, kertas mahjong, pen marker, cerita Nabil
dan Fadila (Lampiran S9-2), besen plastik, supple pipe, plastic taps, plastic T pipes dan
picagari. (Lihat Lampiran S9-1)


Masa: 4 jam

Free download pdf