IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
94

Prosedur


Aktiviti Soalan
Penglibatan


  • Pengenalan terhadap Sejarah Sains dalam
    Perlaksanaan IBSE (Pam air Al-Jazari).

  • Peserta diberikan suatu artikel atau cerita
    berkaitan suatu masalah bekalan air/
    pengangkutan air dari kawasan rendah ke
    kawasan tinggi. (Lampiran S9-2: Cerita Nabil
    dan Fadila).

  • Peserta membuat pernyataan masalah (Ask)

    1. Nyatakan seorang tokoh/saintis
      yang anda tahu beserta
      penemuannya.

    2. Adakah penemuan tersebut
      masih digunakan sehingga kini/
      ada yang masih relevan/
      digunakan oleh teknologi masa
      kini?




Penerokaan dan Penerangan (Menggunakan Proses
Reka Bentuk Kejuruteraan)


  • Peserta mengusulkan idea dan mencari
    maklumat secara individu untuk menyelesaikan
    masalah tersebut (Research)

  • Peserta mereka bentuk pam bagi menaikkan air
    dari kawasan rendah ke kawasan tinggi dan
    berkongsi reka bentuk tersebut dengan ahli
    kumpulan (Imagine).

  • Satu reka bentuk pam air yang terbaik dipilih
    oleh setiap kumpulan dan dikongsi melalui
    pembentangan (Plan)

  • Setiap kumpulan mula menghasilkan prototaip
    pam air yang telah dibincang menggunakan
    bahan yang telah disediakan. (Create)

  • Prototaip pam air yang dihasilkan diuji
    kebolehfungsiannya dan dinilai
    keberkesanannya. (Test)

  • Prototaip pam air ditambah baik sekiranya
    perlu. (Improve)

  • Setiap kumpulan membentangkan prototaip
    pam air yang telah dihasilkan.

    1. Bagaimanakah anda dapat
      membantu Nabil dan Fadila
      dalam menyelesaikan masalah
      yang dihadapi?

    2. Apakah alat yang dapat
      mengangkut air dari kawasan
      rendah ke kawasan tinggi?

    3. Apakah konsep sains yang
      diaplikasikan dalam reka
      bentuk alat (pam) tersebut?

    4. Bagaimanakah anda menilai
      kebolehfungsian dan
      keberkesanan pam air yang
      dihasilkan?

    5. Apakah ciri atau bahagian reka
      bentuk pam air yang perlu
      ditambah baik?




Pengembangan


  • Peserta dicabar untuk mengembangkan lagi
    idea berkaitan pam air yang direka bentuk
    dengan mengubah pemboleh ubah seperti
    panjang tiub, saiz picagari dan ketinggian air
    yang perlu dinaikkan.


Bagaimanakah anda dapat
mengubahsuai pam yang telah
dihasilkan untuk mengangkut air
dengan lebih cepat dan lebih
banyak?

Penilaian


  • Peserta membuat refleksi terhadap aktiviti yang
    telah dijalankan (sumatif dan formatif) terhadap
    pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh.


(Sila rujuk Soalan, dan Bahagian
Penilaian dan Refleksi)
Free download pdf