94
Prosedur
Aktiviti Soalan
Penglibatan
- Pengenalan terhadap Sejarah Sains dalam
Perlaksanaan IBSE (Pam air Al-Jazari). - Peserta diberikan suatu artikel atau cerita
berkaitan suatu masalah bekalan air/
pengangkutan air dari kawasan rendah ke
kawasan tinggi. (Lampiran S9-2: Cerita Nabil
dan Fadila). - Peserta membuat pernyataan masalah (Ask)
- Nyatakan seorang tokoh/saintis
yang anda tahu beserta
penemuannya. - Adakah penemuan tersebut
masih digunakan sehingga kini/
ada yang masih relevan/
digunakan oleh teknologi masa
kini?
- Nyatakan seorang tokoh/saintis
Penerokaan dan Penerangan (Menggunakan Proses
Reka Bentuk Kejuruteraan)
- Peserta mengusulkan idea dan mencari
maklumat secara individu untuk menyelesaikan
masalah tersebut (Research) - Peserta mereka bentuk pam bagi menaikkan air
dari kawasan rendah ke kawasan tinggi dan
berkongsi reka bentuk tersebut dengan ahli
kumpulan (Imagine). - Satu reka bentuk pam air yang terbaik dipilih
oleh setiap kumpulan dan dikongsi melalui
pembentangan (Plan) - Setiap kumpulan mula menghasilkan prototaip
pam air yang telah dibincang menggunakan
bahan yang telah disediakan. (Create) - Prototaip pam air yang dihasilkan diuji
kebolehfungsiannya dan dinilai
keberkesanannya. (Test) - Prototaip pam air ditambah baik sekiranya
perlu. (Improve) - Setiap kumpulan membentangkan prototaip
pam air yang telah dihasilkan.- Bagaimanakah anda dapat
membantu Nabil dan Fadila
dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi? - Apakah alat yang dapat
mengangkut air dari kawasan
rendah ke kawasan tinggi? - Apakah konsep sains yang
diaplikasikan dalam reka
bentuk alat (pam) tersebut? - Bagaimanakah anda menilai
kebolehfungsian dan
keberkesanan pam air yang
dihasilkan? - Apakah ciri atau bahagian reka
bentuk pam air yang perlu
ditambah baik?
- Bagaimanakah anda dapat
Pengembangan
- Peserta dicabar untuk mengembangkan lagi
idea berkaitan pam air yang direka bentuk
dengan mengubah pemboleh ubah seperti
panjang tiub, saiz picagari dan ketinggian air
yang perlu dinaikkan.
Bagaimanakah anda dapat
mengubahsuai pam yang telah
dihasilkan untuk mengangkut air
dengan lebih cepat dan lebih
banyak?
Penilaian
- Peserta membuat refleksi terhadap aktiviti yang
telah dijalankan (sumatif dan formatif) terhadap
pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh.
(Sila rujuk Soalan, dan Bahagian
Penilaian dan Refleksi)