125
Rajah 11.1 Kemahiran abad ke-21 enGauge
Sumber: NCREL & Metiri Group, 2003
Jadual 11.1 Kemahiran abad ke-21 enGauge
Literasi Era Digital
Literasi asas, saintifik, ekonomi dan teknologi
Literasi visual and maklumat
Literasi pelbagai budaya dan kesedaran global
Pemikiran Inventif
Keupayaan menyesuaikan diri dan pengurusan kompleksiti
Terarah kendiri
Sifat ingin tahu, kreativiti, dan berani mengambil risiko
Pemikiran aras tinggi dan penaakulan logik
Komunikasi Berkesan
Bekerja dalam pasukan, berkolaboratif, dan kemahiran interpersonal
Tanggungjawab peribadi, sosial dan sivik
Berkomunikasi secara interaktif
Produktiviti Tinggi
Menyusun mengikut keutamaan, merancang, dan mengurus untuk mencapai
matlamat
Menggunakan peralatan sedia ada dengan efektif
Berkeupayaan menghasilkan produk yang relevan dan berkualiti tinggi
b. Kerangka pembelajaran abad ke-21 P21
Satu organisasi yang terkenal dalam menganalisis kemahiran abad ke-21, iaitu Partnership for
21st Century Skills (P21), turut mengemukakan Kerangka Untuk Pembelajaran Abad ke-21
seperti dalam Rajah 11.2. Kemahiran abad ke-21 yang dikemukakan oleh P21 termasuklah
pengetahuan isi kandungan, kemahiran, kepakaran dan literasi yang perlu dikuasai oleh pelajar
untuk berjaya dalam kerja dan hidup abad ke-21. Kemahiran abad ke-21 yang telah dikenal
pasti adalah seperti dalam Jadual 11.2.