IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
29


  1. Peserta membentangkan pemerhatian dan inferens yang dibuat. Peserta diminta menjelaskan
    inferens yang dibuat.


Contoh:
Jika inferens peserta ialah: Jejak burung, fasilitator bertanya: Mengapakah anda mengatakan
bahawa ini adalah jejak burung/ haiwan?

Perbincangan:



  • Inferens dibuat berdasarkan gabungan dari apa yang kita perhatikan dan apa yang telah
    kita ketahui atau alami.

  • Berdasarkan pemerhatian atau bukti yang sama, anda boleh membuat beberapa inferens
    yang munasabah.
    (Based on the same set of observations or evidence, you were able to come up with several,
    but equally plausible inferences.)



  1. Fasilitator: Mengapakah kedua-dua haiwan itu menuju ke tempat yang sama?


Jawapan mungkin berbeza-beza:


  • Menuju ke mangsa yang sama, atau bergerak ke arah sumber air.

  • Satu haiwan mungkin menyerang haiwan yang lain.

  • Kedua-dua haiwan bergerak ke tempat yang sama disebabkan keadaan muka bumi.

  • Lain-lain


Fasilitator menjelaskan bahawa semua jawapan ini adalah inferens dan semua inferens itu
adalah munasabah (plausible).

Fasilitator: Berdasarkan pemerhatian atau bukti yang sama, anda dan murid anda boleh
membuat beberapa jawapan (inferens) yang munasabah untuk soalan yang sama: "Apakah
yang telah terjadi?"


  1. Fasilitator menunjukkan Tricky Track 2 (Lampiran S2-4) dan bertanya kepada peserta:
    Apakah yang anda perhatikan? (What do you observe?)
    Apakah inferens yang boleh anda buat berdasarkan pemerhatian ini? (What can you infer from
    your observation?)


Peserta (secara individu) mencatat dalam Tricky Tracks Recording Sheet (Lampiran S2-3).

Peserta membentangkan pemerhatian dan inferens.

Contoh pemerhatian: Kedua-dua set tanda kini kelihatan dekat dan berkeliling (mingle) secara
rawak.
Nota: Jika peserta menyatakan: "Kedua-dua burung itu sedang bertengkar", fasilitator
menjelaskan bahawa ini merupakan satu inferens, dan menjelaskan perbezaan antara
pemerhatian dan inferens.
Free download pdf