IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
30

Contoh inferens: Kedua-dua haiwan itu sedang bertengkar, atau terlibat dalam mating ritual,
atau mangsa berlawan dengan pemangsa dan sebagainya.

Fasilitator: Adakah inferens anda telah berubah? (Did your earlier inference change?)

Fasilitator membincangkan: Inferens mungkin berubah sekiranya terdapat maklumat/ data
baharu.


  1. Fasilitator menunjukkan Tricky Track 3 (Lampiran S2-5) dan bertanya kepada peserta:
    Apakah yang anda perhatikan?
    Apakah inferens yang boleh anda buat berdasarkan pemerhatian ini?


Peserta (secara individu) mencatat dalam Tricky Tracks Recording Sheet (Lampiran S2-3).

Peserta membentangkan pemerhatian dan inferens.

Contoh pemerhatian: Hanya tanda yang lebih besar masih kelihatan. Tanda yang lebih kecil
tidak kelihatan lagi.

Contoh inferens yang mungkin: Satu haiwan mungkin telah memakan yang lain; satu haiwan
mungkin menyambar yang lain dan terus bergerak; satu haiwan mungkin terbang manakala
yang lain terus berjalan, dan lain-lain.

Sekali lagi, fasilitator menekankan bahawa semua inferens ini adalah munasabah berdasarkan
bukti yang ada.

Fasilitator: Adakah inferens anda berubah lagi?

Perbincangan: Penjelasan saintis berubah berdasarkan data baharu yang ditemui dan
perspektif berbeza yang dikongsi.

Penjelasan (Explain)



  1. Fasilitator: Berdasarkan data-data yang diperoleh dari pemerhatian anda, berikan satu
    penjelasan mengenai apa yang telah berlaku. Pastikan kesimpulan anda adalah logik dan
    disokong sepenuhnya oleh data anda.


Secara individu, peserta menjawab dalam Lampiran S2-6 (Tricky Tracks Conclusion).

Perbincangan:
 Membina penjelasan: Matlamat sains adalah untuk membina penjelasan mengenai
penyebab fenomena (The goal of science is to construct explanations for the causes of
phenomena.)
Free download pdf