IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
134

Empat Aras Inkuiri ....................................................................................


Maryam Ahmad Shah, Koay Suan See, Nor Azlina Ghazali, Norfariza A. Kadir dan Suhanna
Zainuddin

Pengenalan


Empat aras inkuiri berfokus kepada setakat mana maklumat dan bimbingan diberi kepada murid


Dalam pembelajaran secara inkuiri, murid membina pemahaman mereka dengan menggunakan
pelbagai kemahiran inkuiri yang digunakan oleh ahli-ahli sains seperti mengemukakan soalan,
mengumpul data, menaakul dan meninjau bukti, membuat kesimpulan dan membincang hasil
dapatan mereka. Pada masa yang sama, murid juga dapat meningkatkan kompetensi di dalam
setiap kemahiran inkuiri yang digunakan. Proses penguasaan kemahiran inkuiri oleh murid
memerlukan sedikit masa dan berlaku secara berperingkat, dari yang mudah atau aras rendah
kepada yang lebih kompleks atau aras tinggi. Pada masa yang sama, amaun maklumat dan
bimbingan yang diberi oleh guru menjadi semakin berkurangan. Adalah menjadi matlamat
pendidikan sains, selain dari melahirkan seorang saintis yang berdikari, ia juga bertujuan untuk
melahirkan murid yang berkemahiran abad ke-21 dan berliterasi sains.


Apakah kepentingan pelbagai aras inkuiri? Bagaimanakah pelbagai aras inkuiri dapat
membangunkan kemahiran inkuiri dalam kalangan murid?


Pelbagai aras inkuiri memberi peluang kepada murid dari pelbagai aras untuk belajar dan
memperoleh ilmu pengetahuan serta membina kefahaman dari pengalaman dan penemuan
masing-masing. Peralihan dari satu aras ke aras yang lebih tinggi dapat memberi masa dan ruang
yang lebih selesa kepada proses pembelajaran sains murid. Secara tidak langsung, motivasi
terhadap pembelajaran sains dapat dipupuk. Ini berlaku apabila murid mampu mengumpul
maklumat daripada pemerhatian yang dibuat, menilai dan menyusun maklumat yang ada dan
bertindakbalas secara sejajar. Kejayaan kecil ini dapat memenuhi perasaan kompeten murid. Jika
murid menikmati kepuasan kompeten, maka murid akan mempunyai efikasi kendiri untuk
melaksanakan tugasan baharu yang lebih kompleks. Ini sangat baik dalam mengembangkan
domain afektif murid.


Banchi dan Bell (2008) telah membahagikan proses inkuiri kepada empat aras. Keempat-empat
aras ini dibezakan dari segi amaun maklumat dan bimbingan yang diberi oleh guru. Berikut
adalah keempat-empat aras inkuiri tersebut:



  1. Aras inkuiri pengesahan (confirmation inquiry)

  2. Aras inkuiri berstruktur (structured inquiry)

  3. Aras inkuiri terbimbing (guided inquiry)

  4. Aras inkuiri terbuka (open inquiry)

Free download pdf