137
- Alat dan bahan untuk Aktiviti 4
i. Tangki akuarium plastik berukuran 33 cm x 18 cm x 23 cm (dalam) – 1
ii. Plastisin – ½ kotak
iii. Pembaris plastik, 15 cm – 1
iv. Pembaris kayu, 15 cm – 1
v. Buah oren – 1
vi. Kiub kayu, sama saiz untuk semua kumpulan – 1
vii. Straw minuman – 1
viii. Kayu sate – 1
ix. Pemberat 10 g – 1
x. Pemberat 50 g – 1
xi. Botol minuman kosong 500 ml – 1
Masa: 2 jam
Prosedur
Penerokaan (Explore)
- Peserta menjalankan Aktiviti 1, Aktiviti 2, Aktiviti 3 dan Aktiviti 4.
Penerangan (Explain)
- Berpandukan prosedur dalam panduan aktiviti, cuba tentukan sama ada soalan, prosedur dan
keputusan telah diberikan. - Padankan setiap aktiviti dengan aras inkuiri yang berkaitan.
- Fasilitator dan peserta membincangkan setiap aras inkuiri (Panduan kepada fasilitator:
Lampiran S12-2)
Pengembangan (Elaborate)
- Berpandukan aktiviti inkuiri berstruktur (Lampiran S12-3), ubah suaikan supaya ianya
menjadi aktiviti inkuiri pengesahan, terbimbing dan terbuka. - Dalam kumpulan, bincang mengenai kesesuaian aktiviti dengan aras inkuiri.
Penilaian dan refleksi
Pra aktiviti
- Apakah kepentingan pelbagai aras inkuiri?
- Bagaimanakah pelbagai aras inkuiri dapat membangunkan kemahiran inkuiri dalam
kalangan murid?
Pasca aktiviti
- Apakah yang anda faham tentang empat aras inkuiri yang telah dibincangkan?
- Adakah aktiviti-aktiviti sesi ini telah memberi keyakinan kepada anda untuk mengamalkan
pendekatan IBSE di dalam kelas?