IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
136

Berpandukan aras inkuiri tersebut maka guru bolehlah merancang dan membimbing murid dari
satu aras ke aras yang lebih tinggi dengan memberi masa yang cukup dan bimbingan yang perlu
bagi memastikan murid menguasai sesuatu aras sebelum bergerak ke aras yang lebih tinggi.


Kemajuan secara berperingkat ke arah aras inkuiri yang lebih tinggi, dibantu oleh bimbingan
yang bersesuaian akan membawa kepada kejayaan dan kepuasan murid yang lebih tinggi.


Ringkasan aktiviti


Dalam aktiviti ini peserta akan dapat membanding beza aras-aras inkuiri melalui empat aktiviti
yang berkaitan dengan konsep yang sama, iaitu timbul dan tenggelam. Peserta dikehendaki
mengenal pasti kriteria yang ada dalam setiap aktiviti yang diberikan (soalan, prosedur dan
penyelesaian) bagi mengenal pasti aras inkuiri bagi setiap aktiviti. Peserta juga dikehendaki
mengubah suai aktiviti aras inkuiri berstruktur kepada aras inkuiri yang lain.


Objektif


Di akhir slot ini, peserta dapat:



  1. mengenal pasti kriteria untuk keempat-empat aras inkuiri.

  2. membezakan keempat-empat aras inkuiri berpandukan kriteria yang ada pada setiap aras.

  3. mengubah suai aktiviti dari aras inkuiri berstruktur kepada aras inkuiri yang lain.


Alat dan bahan



  1. Lampiran S12-1 (Aktiviti 1, Aktiviti 2, Aktiviti 3 dan Aktiviti 4)

  2. Alat dan bahan untuk Aktiviti 1
    i. Bikar 100ml – 1
    ii. Tabung didih – 3
    iii. Rak tabung didih – 1
    iv. Selinder penyukat 10 ml – 1
    v. Ais, di dalam piring petri – 4 ketul
    vi. Tiub spesimen – 2
    vii. Minyak masak – dikongsi
    viii. Penimbang elektronik – 1 dikongsi

  3. Alat dan bahan untuk Aktiviti 2
    i. Cawan plastik lutsinar – 2
    ii. Kismis – 15 biji
    iii. Minuman soda tidak berwarna (contoh Sprite) – 1 tin

  4. Alat dan bahan untuk Aktiviti 3
    i. Tangki akuarium plastik berukuran 33 cm x 18 cm x 23 cm (dalam) – 1
    ii. Minuman Coke biasa – 1 tin
    iii. Minuman Coke diet – 1 tin

Free download pdf