145
Lampiran S12-4
Cadangan Jawapan Untuk Aktiviti Fasa Pengembangan
Aras Inkuiri Pengesahan
Soalan:
Adakah suhu persekitaran mempengaruhi kadar respirasi yis?
Proses respirasi yis dimangkinkan oleh enzim zimase yang dikeluarkan oleh yis. Aktiviti enzim
sangat dipengaruhi oleh suhu persekitaran. Sifat enzim yang tidak aktif pada suhu rendah dan
mudah ternyahasli pada suhu tinggi menyebabkan kadar respirasi yis hanya boleh berlaku
dengan baik pada suhu optimum iaitu suhu bilik.
Bahan-bahan dan radas yang diperlukan untuk menjalankan penyiasatan anda:
- Serbuk yis
- Serbuk glukosa
- Air suling
- Spatula
- Termometer
- Penunu Bunsen
- Kiub Ais
- Kelalang kon 250 ml dan penyumbat getah berliang
- Salur penghantar dan tiub getah
- Selinder penyukat 100 ml
- Picagari 250 ml
- Kaki retort
- Balang kaca
- Jam randik
Panduan aktiviti:
- Sukat 2 spatula yis bersama 4 spatula serbuk glukosa dan 100 ml air suling ke dalam
kelalang kon. - Tutup kelalang kon dengan penyumbat getah berliang yang telah disumbat dengan salur
penghantar. - Satu hujung salur penghantar disambungkan kepada picagari melalui tiub getah dan
pasangkan picagari kepada kaki retort. - Letakkan kelalang kon ke dalam balang kaca yang berisi air suling pada suhu bilik
(catatkan suhu rendaman air di dalam balang kaca dengan menggunakan termometer) - Rekodkan isipadu gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam picagari selepas 15 minit.
- Ulang eksperimen sebanyak 2 kali untuk mendapatkan purata.
- Sediakan set yang sama untuk suhu 10oC (dengan menggunakan kiub ais) dan untuk suhu
70 oC (gunakan air yang telah dipanaskan menggunakan penunu bunsen). - Rekodkan bacaan anda di dalam jadual.