IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1

Pentaksiran Dalam Inquiry-Based Science Education (IBSE)....................................


Asas)


Low Kee Sun, Koay Suan See, Chiam Sun May, Tan Cho Chiew, dan Ainon Hadim

Pengenalan


Pentaksiran tidak boleh dipisahkan daripada pengajaran dan pembelajaran.


Pentaksiran ialah satu proses untuk menilai kualiti pembelajaran. Ia memberi peluang kepada guru
untuk mengenal pasti apa yang telah dipelajari oleh murid, jenis bantuan yang mereka perlukan
dan apakah langkah-langkah susulan yang sesuai untuk diambil. Bagi murid, matlamat utama
pentaksiran ialah untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Ia membantu mereka memahami
tujuan pembelajaran dan bagaimana kualiti pencapaian mereka dinilai (Harlen, 2013).


Pentaksiran dalam IBSE merangkumi pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif mengikut
tujuan pentaksiran. Tujuan pelaksanaan pentaksiran formatif ialah untuk mengesan kekuatan dan
kelemahan murid dari semasa ke semasa agar masalah pembelajaran dapat diatasi dengan segera.
Dalam pembelajaran IBSE, murid membuat pemerhatian, mengemukakan soalan yang dapat
disiasat (investigable questions), merancang dan melakukan penyiasatan, mengkaji bukti
berdasarkan apa yang diketahui, membuat kesimpulan dan berkomunikasi serta berbincang dengan
rakan, termasuk untuk menjelaskan atau mempertahankan idea mereka. Justeru itu, strategi
pelaksanaan pentaksiran formatif perlu dirancanag untuk memastikan perkembangan
pembelajaran secara menyeluruh ini berlaku (Harlen, 1999).


Pentaksiran sumatif dapat merumuskan pencapaian murid pada akhir topik, atau pada akhir tahun.
Prosedur pentaksiran sumatif ditetapkan dan tindakan kawalan kualiti yang ketat perlu dipatuhi
agar kesahan dan kebolehpercayaan hasil pentaksiran terjamin. Bukti atau data yang berkaitan
dengan tahap pemahaman sains, penguasaan kemahiran inkuiri, sikap dan nilai yang dipamerkan
oleh murid boleh diperoleh melalui:


 pemerhatian terhadap murid semasa mereka menjalani aktiviti inkuiri
 portfolio hasil tugasan yang dikumpulkan dalam tempoh yang ditetapkan, termasuk laporan,
refleksi, gambar dan produk kajian
 buku nota dan / atau catatan elektronik murid
 pembentangan yang dibuat oleh murid secara individu atau berkumpulan
Laporan pentaksiran sumatif merupakan sebahagian daripada laporan yang disampaikan kepada
ibu bapa dan guru lain.


Semua maklumat yang dikumpulkan oleh guru untuk tujuan formatif, juga boleh digunakan untuk
tujuan sumatif. Oleh itu, perbezaan utama antara penilaian formatif dan sumatif bukan pada
maklumat yang dikumpulkan, atau bagaimana ia dikumpulkan, tetapi bergantung kepada
bagaimana maklumat tersebut digunakan. Secara ringkasnya, penilaian formatif digunakan untuk


1 

Free download pdf