149
maklum balas segera dalam PdP, sementara penilaian sumatif digunakan untuk memberi maklumat
kepada pihak lain mengenai kemajuan murid (Harlen, 2013).
Dalam slot ini kita akan meninjau apakah kepentingan pentaksiran kepada guru dan murid?
Bagaimanakah pentaksiran dalam IBSE untuk tujuan formatif serta sumatif dilaksanakan? Apakah
yang akan dinilai dan bagaimanakah ia dinilai?
Ringkasan aktiviti
Dalam aktiviti ini, peserta akan mengkaji sebuah artikel dalam Lampiran S14-1, iaitu Assessment
In The Inquiry Classroom untuk mendapatkan maklumat tentang: apa, mengapa dan bagaimana
pentaksiran IBSE dilaksanakan dalam bilik darjah. Peserta juga akan merujuk kepada artikel yang
sama dan bahan rujukan lain untuk mengkaji amalan yang baik dalam memerhati penglibatan
murid, menyoal soalan, meneliti dengan terperinci hasil kerja murid dan pemberian tugas khas
kepada murid serta memberi maklum balas yang berkesan kepada murid.
Objektif
- Peserta memahami mengapa dan bagaimana pentaksiran IBSE dilaksanakan dalam bilik
darjah. - Peserta mengetahui amalan yang baik semasa melaksanakan pentaksiran IBSE dalam bilik
darjah.
Senarai alat dan bahan
- Kertas mahjong x 2
- Tape/pin
- Whiteboard marker x2
- Kertas A4 x 4
- Pad nota lekit (sticky note pad) (merah, hijau, biru)
Masa: 1 Jam 30 Minit
Prosedur
Fasa Aktiviti Catatan
Penglibatan
(Engage)
5 minit
Imbas kembali pengetahuan sedia ada tentang
prntaksiran formatif
- Pengenalan kepada tajuk slot. (Slaid 1)
- Fasilitator menerangkan maksud dan kepentingan
pentaksiran dengan ringkas. (Slaid 2-5) - Fasilitator menghubungkaitkan pentaksiran
Rasional:
- Peserta imbas
kembali
pengetahuan
tentang
pentaksiran.