IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1

156


Penerokaan
dan
Penerangan
(Explore &
Explain)


30 minit


Menerokai ciri-ciri pentaksiran dalam IBSE
melalui soalan IWTK


  1. Fasilitator mengemukakan beberapa soalan
    (mengapa, untuk apa, bagaimana, tentang
    pentaksiran dalam IBSE (Slaid 5), setiap peserta
    menyenaraikan 2 soalan berkenaan pentaksiran
    dalam IBSE yang ingin mereka ketahui (IWTK)
    di atas kertas A4.

  2. Contoh Soalan:
     Apakah kepentingan pentaksiran kepada guru
    dan pelajar?
     Bagaimanakah pentaksiran dalam IBSE untuk
    tujuan formatif dan sumatif dilaksnakan?
     Apakah yang akan dinilai dan bagaimanakah
    ia dinilai?
     Apakah amalan pentaksiran yang baik dalam
    IBSE?
     Apakah perbezaan antara pentaksiran formatif
    dan pentaksiran sumatif dalam IBSE?

  3. Setiap kumpulan berbincang dan memilih 4
    soalan IWTK, kemudian menulis soalan yang
    dipilih di atas kertas A4 (Slaid 6).

  4. Setiap kumpulan akan saling menukar senarai 4
    soalan IWTK dengan kumpulan bersebelahan dan
    mencari jawapan kepada 4 soalan yang diterima
    dengan merujuk kepada bahan rujukan yang
    dibekalkan (Lampiran S14-2L) atau pelbagai
    bahan rujukan tambahan.

  5. Perkongsian hasil perbincangan kumpulan dibuat
    melalui sesi Gallery Walk dengan kaedah 1 Stay
    3 Stray, wakil kumpulan memberi penerangan
    pada jawapan, perbincangan/perbahasan boleh
    dibuat semasa sesi Gallery Walk (Slaid 7).

  6. Peserta melekatkan nota lekit (sticky note) untuk
    memberi komen kepada hasil kerja kumpulan
    (warna nota lekit, merah = lemah/tidak setuju,
    hijau = baik/setuju, biru = memberi cadangan).

  7. Fasilitator membimbing peserta mengenal pasti
    persamaan dan perbezaan antara pentaksiran
    formatif dan pentaksiran sumatif sebagai rumusan
    aktiviti ini. (Slaid 8).


Rasional:


  1. Pembinaan
    senarai I want to
    know (IWTK):
    Aktiviti
    penerokaan dapat
    memberi fokus
    kepada soalan
    yang peserta
    ingin tahu

  2. Saling tukar
    senarai IWTK
    antara kumpulan:
    Peserta akan
    berusaha untuk
    mendapat
    jawapan bagi
    soalan yang
    dikemuka oleh
    kumpulan lain
    dan juga ingin
    mengetahui
    jawapan kepada
    soalan yang
    dikemukakan
    oleh kumpulan
    sendiri.


Bahan:


  1. Kertas A4

  2. Bahan rujukan
    (Lampiran S14-
    2L)

  3. Kertas mahjong

  4. Pad nota lekit
    (merah, hijau,
    biru)

Free download pdf