2
membantu pelajar memahami kriteria bagi tugasan yang berkualiti
membantu pelajar dalam pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya
memberi maklum balas untuk membantu pelajar
membantu meningkatkan sikap bertanggungjawab pelajar terhadap tugasannya
- Amalan pelajar:
i. Pelajar menggunakan pentaksiran untuk meningkatkan pembelajaran dengan:
mengetahui kriteria pentaksiran dan menggunakannya untuk mencapai tahap
pencapaian yang mereka sasar
menyedari tanggungjawabnya untuk meningkatkan kualiti hasil kerja
memberi dan menerima maklum balas dari rakan sebaya tentang kualiti hasil
kerja dan cara untuk mempertingkatkan kualiti hasil kerja mereka
Amalan Pentaksiran Sumatif
- Guru menilai pencapaian pembelajaran pelajar berdasarkan pelbagai tugasan yang
bersesuaian dengan kemampuan dan umur pelajar, ia mungkin merangkumi ujian dan
tugasan khusus. - Guru berbincang antara satu sama lain tentang hasil kerja pelajar untuk menyelaraskan tahap
pencapaian atau gred yang diberikan kepada pelajar jika ia diperlukan. - Pelajar menyedari kriteria dan tempoh masa pentaksiran sumatif.
- Pelajar mengetahui tentang bukti tugasan yang diperlukan dan bagaimanakah pentaksiran
hasil pembelajaran mereka dibuat. - Pelajar dibantu untuk meningkatkan prestasi pembelajaran mereka berdasarkan hasil
pentaksiran. - Guru mengambil bahagian dalam menyediakan prosedur pentaksiran yang berkualiti untuk
menjamin dan memaksimumkan konsistensi pentaksiran. - Sistem pengurusan rekod yang terkawal diadakan untuk mengesan dan melaporkan
pembelajaran pelajar. - Ibu bapa dan penjaga mendapat laporan secara bertulis dan lisan untuk tujuan mengenal pasti
langkah susulan bagi anak-anak mereka di samping mengetahui proses pentaksiran agar
keyakinan mereka terhadap pentaksiran yang dibuat oleh guru terjamin. - Pentaksiran sumatif hanya dilaksanakan apabila ada keperluan untuk menilai dan
melaporkan perkembangan pembelajaran pelajar.
Apakah yang akan ditaksir?
Pentaksiran perlu merangkumi aspek-aspek penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran saintifik
serta sikap dan nilai murni yang dipamerkan oleh murid. Oleh itu, hasil pembelajaran harus
dinyatakan bagi mencerminkan peningkatan dalam pembelajaran.
Bedasarkan DSKP Sains KSSR dan KSSM, aspek-aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran
saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni perlu dikuasai dan diamalkan oleh pelajar. Kemahiran
saintifik merangkumi kemahiran memproses sains dan kemahiran manipulatif. Pentaksiran di buat
secara berterusan berdasarkan ketetapan DSKP.