IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
3

Bagaimanakah pentaksiran dijalankan?


Pentaksiran boleh dijalankan dengan pelbagai kaedah, misalnya:
 memerhatikan pelajar semasa mereka menjalankan proses inkuiri
 mengemukakan soalan yang telah dirancangkan untuk menilai pemahaman pelajar
 meneliti hasil tugasan pelajar
 memberi tugasan khas kepada pelajar untuk memfokuskan pada aspek pembelajaran tertentu
yang tidak dapat ditaksirkan dalam tugasan biasa


Memerhatikan Pelajar


Menurut Harlen dan Elstgeest (1992), guru boleh menggunakan senarai semak semasa penilaian
melalui pemerhatian, contoh kriteria dalam senarai semak adalah boleh seperti berikut:
a) Adakah pelajar membuat sekurang-kurangnya satu pemerhatian (secara lisan atau tulisan)
yang relevan?
b) Adakah apa yang dilukis atau diterangkan oleh pelajar cukup jelas untuk difahami oleh orang
lain?
c) Adakah pelajar dapat mengesan perubahan yang berlaku pada pembolehubah bergerak balas
dari semasa ke semasa?
d) Adakah pelajar mengemukakan soalan berdasarkan pemerhatiannya?
e) Adakah pelajar mampu membuat cadangan bagi menjawab soalan mereka sendiri?
f) Adakah pelajar membuat interpretasi tentang penemuan mereka dan mengaitkan satu faktor
dengan faktor yang lain?
g) Adakah pelajar menunjukkan sikap sabar dan tabah?
h) Adakah pelajar membahagikan tugasan yang berikan oleh guru secara saksama?


Contoh soalan seterusnya adalah untuk menilai kemampuan pelajar untuk merancang dan
menjalankan penyiasatan:
a) Adakah pelajar mula merancang dengan pendekatan umum yang bermakna, walaupun idea
mereka kurang terperinci atau mereka perlu membuat pertimbangan yang lebih lanjut?
b) Adakah mereka dapat menyatakan pemboleh ubah manipulatif dan pemboleh ubah bergerak
balas?
c) Adakah mereka mengawal pemboleh ubah dimalarkan untuk ujian yang adil?
d) Adakah mereka mempunyai idea tentang apa yang harus diperhatikan untuk mendapatkan
keputusan?
e) Adakah pelajar memilih kaedah mengukur atau membanding yang sesuai untuk memperoleh
dapatan penyiasatan mereka?
f) Adakah mereka berusaha untuk memastikan dapatan yang diperoleh adalah sebaik mungkin
yang mereka mampu buat?


Soalan Guru


Banyak maklumat tentang cara pelajar berfikir dapat diperoleh apabila guru mengajukan soalan
yang dirancang semasa melakukan pemerhatian. Mengikut Harlen (2013), bentuk soalan yang
paling berkesan untuk memperoleh maklumat tentang cara berfikir pelajar ialah soalan jenis
terbuka (open question) yang berpusatkan pelajar. Soalan jenis terbuka menggalakkan pelajar

Free download pdf