NIERY ASYIRA JAIBI

(IPGKP kentFIP3vJ) #1
vii

ABSTRAK


Jerat tradisonal merupakan alat warisan yang digunakan untuk memerangkap
haiwan di darat mahupun di air sebagai salah satu medium untuk
mendapatkan sumber makanan dan menghalang haiwan daripada
merosakkan tanaman di kebun. Oleh kerana perasaan ingin tahu pengkaji
mengenai keunikan jerat tradisional di Kampung Turuntungon Ranau, sabah
sangat tinggi maka kajian ini dijalankan bagi meneliti keaslian jerat dan
kaedah-kaedah untuk memasang jerat tradisional kaum Dusun di Kampung
Turuntungon Ranau, Sabah. Kajian ini merupakan kajian etnografi yang
menggunakan pendekatan kualitatif dan langkah untuk mengumpul hasil
kajian adalah menggunakan kaedah temu bual, kaedah pemerhatian dan
kaedah analisis dokumen. Oleh itu, berdasarkan hasil kajian, terdapat lima
jenis jerat tradisional kaum Dusun di Kampung Turuntungon Ranau, Sabah
iaitu bagi jerat di darat adalah sungul, barabai dan rodsot manakala jerat di air
pula adalah bubu dan tambong. Setiap jerat ini adalah diwarisi daripada nenek
moyang terdahulu dan menggunakan bahan semulajadi untuk membuat
seperti rotan, bambu, buluh, tempurung kelapa dan kayu. Selain itu, terdapat
juga kaedah untuk memasang jerat yang betul agar dapat memerangkap
haiwan secara lebih berkesan. Secara ringkasnya, berdasarkan hasil kajian
ini, jerat tradisional amat penting untuk dipelihara agar dapat diwariskan
kepada generasi akan datang.


Kata Kunci: Jerat tradisional, Kampung Turuntungon, Keaslian, langkah


memasang,

Free download pdf