Oleh: Amira Sariyati
13/10/
Kerap memberi kata pujukan dan pujian ketika mereka melakukan tingkah laku
sopan dan baik.
Mengadakan sesi One 2 One yang konsisten dengan mereka.
Pada 14 Oktober 2024 nanti, saya akan berjumpa dengan murid-murid ini di luar
waktu kelas. Saya akan mencuba untuk bercakap dari hati ke hati dan membuat
perjanjian dengan mereka. Seandainya mereka tidak melakukan perkara-perkara yang
dilarang, iaitu tingkah laku hiperaktif, saya akan memberikan mereka hadiah. Apabila
saya melihat mereka berperilaku baik, sayaa akan memberikan kata-kata motivasi
seperti “Bagus Navara, nampak lebih segak bila duduk dengan sopan”, “Kawan-kawan
lain boleh mencontohi Navara, semangat yang tinggi untuk menyiapkan kerja”, dan
sebagainya. Saya sepatutnya mempunyai sesi One 2 One dengan dua orang murid 4
Bestari pada minggu lepas, tetapi ia ditangguhkan. Jadi, saya memberitahu mereka
bahawa sesi One 2 One itu akan diadakan pada waktu rehat, 15 Oktober 2024 bersamaan
hari Selasa. Apabila saya mengatakan bahawa saya akan menyediakan makanan untuk
mereka, mereka saaangaaat teruja! Saya akan berusaha melaksanakan cadangan-
cadangan penyelesaian ini dan berharap bahawa tingkah laku hiperaktif mereka akan
berkurangan dari masa ke masa.
(^) Rumusannya, saya berharap agar saya dapat mengawal murid-murid lemah dan
hiperaktif dengan lebih baik sehingga mereka tidak lagi mengganggu sesi PdP di dalam
kelas. Saya percaya bahawa mereka merupakan budak-budak baik yang masih boleh
dilentur sikapnya.
Rujukan
Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Fadli Mustafa Kamal, & Mohd Mokhtar Tahar. (2016,
January 23). Penggunaan teknik peneguhan bagi mengatasi masalah tingkah laku
hiperaktif. In ResearchGate. Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia
Tenggara Siri Ke-6, 2016, Malaysia.
https://www.researchgate.net/publication/299721620_Penggunaan_Teknik_Peneguhan_bagi_
Mengatasi_Masalah_Tingkah_Laku_Hiperaktif
Siti Noridayu Abd. Nasir, Hazlina Abdul Halim, & Rohaidah Kamaruddin. (2022).
Penguasaan kosa kata bahasa Melayu murid Attention deficit Hyperactivity Disorder.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(2), 135–143.
https://myjurnal.mohe.gov.my/public/article-view.php?id=
13