MEMOIR GURU PRAKTIKUM TERKINI WITH E-ISBN (1)

(IPGKP kentFIP3vJ) #1
langkah yang dicadangkan

Saya akan mengukur keberkesanannya dengan melihat prestasi murid dalam tugasan
yang dijalankan selepas tindakan susulan dilaksanakan. Jika mereka mampu
memahami topik dengan baik, ini menunjukkan langkah pemulihan berjaya. Maklum
balas murid melalui perbualan tidak formal juga akan saya perhatikan, sama ada
mereka merasa cara ini membantu atau sebaliknya.

Tempoh Masa PenyelesaianTempoh Masa Penyelesaian

2 minggu

Tarikh Tindakan Susulan
dilaksanakan

Tarikh Tindakan Susulan
dilaksanakan

Minggu keempat

Tindakan susulanTindakan susulan

Saya perlu merancang semula jadual
pembelajaran dan menyediakan
aktiviti pemulihan untuk memastikan
murid dapat mengejar kembali topik-
topik yang tertinggal. Tugasan yang
diberikan kepada murid digunakan
untuk memperkukuhkan pemahaman
murid terhadap kandungan
pembelajaran yang terganggu.

Rujukan:
Christison, C. (2013). The Benefits of Participating in Extracurricular Activities. BU Journal of Graduate
Studies in Education, 5(2), 1. https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1230758.pdf


Secara keseluruhannya, pengalaman menghadapi gangguan PdPc disebabkan oleh aktiviti luar
bilik darjah memberi peluang kepada saya sebagai guru pelatih untuk lebih memahami
pentingnya perancangan fleksibel dalam pengajaran. Aktiviti luar bilik darjah adalah bahagian
penting dalam pendidikan pelajar kerana ia membantu membentuk karakter dan kemahiran
sosial mereka. Namun, perlu ada keseimbangan supaya pembelajaran formal di dalam kelas
tidak terlalu terjejas. Sebagai guru, peranan kita bukan sahaja untuk mengajar mengikut silibus
tetapi juga untuk memastikan pelajar sentiasa terlibat dalam pembelajaran, walaupun
terdapat gangguan dari aktiviti lain di sekolah.

Minggu Praktikum: 3
Tarikh: 9.9.2024 hingga
13.9.2024
Tajuk Jurnal: Aktiviti/ Majlis
Luar Bilik Darjah menyebabkan
aktiviti PdPc terganggu.

15
Nurfarida Binti Samsul
Free download pdf