MEMOIR GURU PRAKTIKUM TERKINI WITH E-ISBN (1)

(IPGKP kentFIP3vJ) #1
Isu yang difokuskanIsu yang difokuskan

Dalam pengajaran saya iaitu mengenai Tolak Wang
kepada murid Tahun 2 Alfa, saya mendapati diri
saya berhadapan dengan satu situasi mencabar
namun penuh pengajaran. Ketika saya
menjelasakan kepada murid-murid tentang bentuk
lazim dalam wang RM dan sen, saya secara tidak
sengaja menggunakan konsep ‘titik perpuluhan’
untuk merujuk kepada titik yang memisahkan
Ringgit dan sen. Walaupun niat saya adalah untuk
menekankan kepentingan
menulis titik tersebut, saya
terlepas pandang bahawa
konsep tersebut tidak tepat
dalam konteks wang kerana ia
akan menyebabkan kekeliruan
kepada murid apabila masuk
tajuk perpuluhan.

Kesilapan ini mungkin kelihatan kecil,
namun ia memberi kesan yang besar
dalam konteks pengajaran dan
pemahaman murid. Saya sedar
bahawa dengan menyebut ‘titik
perpuluhan’, saya berpotensi
menyebabkan kekeliruan kepada
murid, terutamanya apabila mereka
belajar tentang tajuk perpuluhan.
Kesalahan ini timbul akibat
kebimbangan saya yang murid-murid
mungkin terlupa menulis titik ketika
menulis nilai wang. Pengalaman ini
membuka mata saya tentang betapa
pentingnya ketelitian dalam
penggunaan istilah yang betul ketika
mengajar, terutamanya dalam topik-
topik yang melibatkan wang lagi

Kajian LampauKajian Lampau

Pengajaran matematik harus memberi tumpuan kepada pemahaman mendalam tentang
konsep serta penguasaan kemahiran dalam pelbagai bidang, termasuk nombor, bentuk,
dan ruang. Selain itu, ia juga perlu menekankan penerapan matematik dalam
menyelesaikan pelbagai masalah yang mungkin dihadapi dalam kehidupan seharian.
Dengan memberi penekanan yang tepat terhadap pemahaman konsep, kita bukan
sahaja membina asas yang kukuh bagi pelajar dalam pembelajaran matematik, tetapi
juga meningkatkan keyakinan mereka untuk menggunakan kemahiran yang dipelajari
dalam situasi sebenar. Oleh itu, adalah penting bagi saya sebagai guru pelatih untuk
memastikan setiap pengajaran yang saya lakukan adalah berdasarkan pemahaman yang
mendalam dan penggunaan istilah yang tepat.

Minggu Praktikum: 4
Tarikh: 26.9.2024
Tajuk Jurnal: Penggunaan
konsep dalam Mata
Pelajaran Matematik

Analisis Isu yang
difokuskan

Analisis Isu yang
difokuskan

Siti Nur Nadirah
Ibrahim et al. (2020)


Meluangkan masa
untuk memahami dengan lebih
mendalam setiap konsep yang
akan diajar melalui pembacaan
dan mana-mana sumber yang
sahih

Berbincang dan
merujuk kepada guru-guru serta
pensyarah mengenai topik yang
hendak diajar bagi
mengesahkan penggunakaan
konsep yang tepat.

16


Nurfarida Binti Samsul

Free download pdf