MEMOIR GURU PRAKTIKUM TERKINI WITH E-ISBN (1)

(IPGKP kentFIP3vJ) #1
Tambahan pula, kawalan murid yang
kurang baik menyebabkan mereka tidak
mematuhi arahan keselamatan seperti
memakai kasut, yang membawa kepada
insiden terjatuh. Kesan daripada isu ini
ialah masa yang diambil untuk
menyelesaikan aktiviti pemilihan menjadi
panjang, dan keselamatan murid berada
dalam risiko yang lebih tinggi.

Isu utama yang diberi perhatian dalam sesi pemilihan atlet ini adalah kekangan ruang untuk
menjalankan acara larian yang selesa dan selamat, serta kawalan murid yang kurang
berkesan. Ketiadaan padang yang sesuai menyebabkan acara terpaksa diadakan di kawasan
tapak perhimpunan yang terhad, mengakibatkan kesesakan dan meningkatkan risiko
kecederaan dalam kalangan murid. Selain itu, terdapat juga murid yang tidak mematuhi
arahan keselamatan, seperti tidak memakai kasut ketika berlari, yang menambah kepada
cabaran keselamatan sepanjang acara tersebut.

JURNAL REFLEKTIFJURNAL REFLEKTIF


Isu yang DifokuskanIsu yang Difokuskan


INFO:


Analisis Isu (Punca & Kesan)Analisis Isu (Punca & Kesan)
Kekurangan ruang yang sesuai merupakan
punca utama kesesakan dan kesukaran
mengatur strategi larian yang baik. Tapak
perhimpunan yang kecil menyebabkan kon-
kon perlu disusun dalam bentuk oval yang
sempit, menjadikan lorong larian terlalu
kecil dan bahaya untuk murid berlari dalam
keadaan laju. Kesannya, murid-murid
mudah terjatuh, terutama di kawasan
selekoh yang tajam.

Kajian LampauKajian Lampau
Menurut kajian oleh Kalaiselvan dan Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud (2021) dalam
artikel Pengurusan Risiko dalam Pelaksanaan Kokurikulum Murid Sekolah Rendah Daerah
Sepang, pengurusan risiko yang berkesan adalah kritikal, terutamanya bagi aktiviti luar di
ruang terhad yang meningkatkan risiko kecederaan. Guru perlu proaktif dalam mengenal
pasti dan mengurangkan risiko melalui pemantauan yang ketat, penyusunan ruang yang
selamat, dan taklimat keselamatan yang teliti. Dalam konteks pemilihan atlet sekolah,
langkah seperti memastikan pemakaian kasut yang sesuai dan susunan kon yang lebih baik
adalah penting untuk mengurangkan risiko dan menjamin kelancaran aktiviti sukan.

25 Oktober 2024


Pemilihan Atlet Sukan bagi Acara
Sukan Tahunan Sekolah

Minggu ke 8


18


Nur Sa’idah Binti
Muhammad Rapi’i

Free download pdf