PERNYATAAN PROFESIONALPERNYATAAN PROFESIONAL
Sepanjang 10 minggu menjalani praktikum di SK Pekan Tamparuli, saya telah
memperoleh pengalaman yang sangat berharga dalam memahami tugas
dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Pengalaman ini
memberikan peluang kepada saya untuk mengaplikasikan ilmu pedagogi
yang telah dipelajari semasa kuliah, terutama dalam perancangan sebelum
kelas, kawalan kelas, serta penggunaan kaedah dan teknik pembelajaran
yang sesuai.
Di samping menjalankan tugas sebagai seorang guru di dalam bilik
darjah, saya juga diberi peluang untuk melibatkan diri dalam program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Penglibatan ini memberi saya gambaran
menyeluruh tentang suasana sebenar di sekolah, termasuklah keperluan
untuk bekerjasama dengan rakan sekerja serta memenuhi keperluan
pentadbiran dan pelajar. Dengan adanya program-program sekolah, ia
bukan sahaja memperkaya pengalaman saya, tetapi juga memberikan
peluang untuk membina hubungan yang positif dengan murid serta
memahami peranan guru dalam membentuk sahsiah dan jati diri pelajar.
Pengalaman yang paling berharga ialah saya dapat merasai jiwa
seorang pendidik dengan melihat potensi murid dan berusaha sebaik
mungkin untuk membantu mereka mencapai kejayaan. Saya mendapati
bahawa setiap murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza dan
sememangnya strategi pengajaran perlu disesuaikan mengikut keperluan
individu. Melihat perkembangan murid, sama ada dalam aspek akademik
atau sahsiah, memberikan kepuasan yang tidak ternilai dan mengukuhkan
lagi komitmen saya terhadap profesion perguruan. Secara keseluruhannya,
saya berharap bahawa saya akan sentiasa mempelajari sesuatu
pengalaman yang baharu yang akan saya gunakan semasa menjadi guru
kelak.
29
ABDUL ALIM BIN MAZLANABDUL ALIM BIN MAZLAN