KARYA KREATIF ISLAMI DAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

“Kinah nanti aku tulis surat pada kau ya. Alahai comelnya anak kau.


Untunglah kau dah ada anak. Comel betul. Aku ni entah apa nasib aku


merantau ni...” Hamizah sambil mengusap-usap kepala anak Hamizah. “Kinah


doakan aku ya...” sambung Hamizah sambil melangkahkan kaki masuk ke


ruang menunggu lapangan terbang.


Mata Sakinah bersinar ceria membaca surat khabar sahabat


kesayangannya Hamizah akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah


dari luar negara. Di samping Hamizah berdiri seorang lelaki kulit putih, sah


itulah suami Hamizah. Hamizah pernah memberitahu di dalam surat, bahawa


dia dijodohkan oleh persatuan dengan Brother Marty seorang muslim


Amerika. Beruntunglah kau Hamizah.


Hari yang ditunggu-tunggu untuk bertemu. Sakinah dengan tiga orang


anak kecil menunggu Hamizah di lapangan terbang. Sejak Hamizah ke luar


negara lima tahun lalu, mereka tidak bertemu. Rindu hatinya bukan kepalang.


Meski dalam hati Sakinah merasa amat rendah diri terhadap Hamizah, tetapi


kenangan semasa bersekolah bersama menjadi ikatan kuat kasih sayangnya


pada Hamizah. Dia masih ingat kata-kata Hamizah di dalam surat-surat


mereka. “Kinah walau pun kau tak sambung belajar seperti aku, tak


semestinya nasib aku lebih baik dari kau. Rezeki lain-lain. Ujian lain-lain. Aku


percaya kau juga berjaya dengan jalan kau sendiri,” kata-kata Hamizah di


dalam suratnya.


Mungkin ada benarnya kata-kata Hamizah. Rezeki orang lain-lain. Melihat


pada tiga orang cahaya matanya yang comel lagi cerdik, Sakinah mengucap


syukur kepada Allah. “Ya Allah, inilah hartaku. Tiga orang cahaya mataku.


Semoga mereka menjadi insan soleh dan solehah, cemerlang dunia akhirat.


Memimpin tanganku di syurga nanti.” Doa Sakinah tidak putus-putus.


Hamizah sudah kaya raya. Kerjayanya sebagai peguam terkenal. Hamizah


juga mempunyai rangkaian firmanya sendiri. Hamizah dikurniakan tiga orang


anak yang comel. Anak berdarah campuran katakan. Hamizah menjadi wanita


berkerjaya yang amat sibuk. Anak-anak diuruskan sepenuhnya oleh


pembantu rumah. Suaminya Brother Marty juga amat sibuk menguruskan


ladang di dalam dan luar negara.


Pernah Sakinah singgah menziarahi Hamizah di rumah agamnya. Sakinah


terkilan Hamizah tak dapat menemuinya di rumah. Hamizah amat sibuk. Hati


Sakinah tersentuh

Free download pdf