KARYA KREATIF ISLAMI DAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

(IPGKP kentFIP3vJ) #1

Sakinah terdiam. Bagaimana harus dia meredakan hati kawan baiknya itu.


Sakinah walaupun tidak menamatkan persekolahan secara formal, Sakinah


mengambil kelas secara sambilan di bidang sijil agama. Di situlah Sakinah


memburu cita-citanya untuk menjadi orang berilmu.


Meskipun dia suri rumah, Sakinah mahu menjadi suri rumah yang berilmu


pengetahuan. Pengajiannya secara sambilan memberinya banyak bekalan


ilmu yang bermanfaat.


“Melihat gaya anak-anak aku, siapa nak jaga aku bila aku dah tua nanti?”


lontaran soalan Hamizah di suatu petang ketika duduk bersama Sakinah di


ruang masjid di kampung. “Aku ada semua, tapi bolehkah anak-anak aku


menjaga aku nanti jika aku sakit dan tua?” tanyanya lagi. Ketiga-tiga orang


anaknya telah dihantar belajar ke London dengan biaya sendiri. Namun jauh


di sudut hatinya, Hamizah bimbang tentang hala tuju anak-anaknya.


“Aku ni tak sekolah tinggi, Mizah. Tapi setahu aku, kita ibu bapa jangan putus


doa. Doa ibu mustajab, Mizah. Berdoalah. Ada orang cukup harta, cukup


anak, tapi risau. Ada orang tiada harta, tiada anak, pun risau. Apa masalah


kita sebenarnya? Kita selalu lupa pada Allah...kita selalu lupa pada Allah.


Termasuk diriku sendiri. Kita bimbang banyak sangat. Hingga kita lupa, Allah


yang beri segalanya. Allah yang jaga kita. Bukan harta kita. Bukan suami kita.


Bukan anak kita. Allah yang jaga kita, Mizah...” ujar Sakinah perlahan-lahan


sambil memegang tangan kawan baiknya, Hamizah.


Hamizah tersentak. “Ya Allah. Betapa jauhnya pergantunganku pada Allah.


Mengapa aku lupa pada-Nya. Bukankah selama ini Allah yang memberi aku


segalanya? Bukannya manusia.”


Kata-kata Sakinah menusuk jauh ke tangkai hatinya. “Aku fikir aku yang hebat


selama ini. Rupanya itu semua dari Allah. Sekarang serba serbi aku risau.


Serba serbi aku bimbang. Aku lupa pada Allah. Ampunkan aku ya Allah...”


Dr. Sabariah Binti Bahrun


JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

Free download pdf