NANCY ANTHONY
Ka t a - k a t a Al u a n
Ketua Unit Praktikum
Syukur kepada Tuhan, kerana Titiga’on Praktikum, buletin Unit Praktikum, IPGM
Kampus Kent dapat diterbitkan buat julung-julung kalinya tahun ini. Ini adalah
langkah penting dalam mendokumentasikan keseluruhan program Unit Praktikum
dengan cara yang komprehensif. Semoga penerbitan ini menjadi panduan yang
bermanfaat dan menyemarakkan semangat kita dalam setiap usaha yang
dijalankan.
Titiga’on, yang bermaksud "jendela" dalam bahasa Dusun, mempunyai makna
yang mendalam. Ia bukan sekadar buletin, tetapi merupakan cerminan usaha Unit
Praktikum dalam memperkukuh pengurusan pendokumentasian aktiviti sepanjang
tahun. Semoga penerbitan ini dapat menyampaikan informasi yang bermanfaat,
memberi inspirasi kepada semua pihak serta menjadi sumber rujukan yang berguna
dalam menyemarakkan semangat kerjasama dalam perjalanan kita bersama.
Unit Praktikum ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengurusan
tertinggi, Jurulatih Utama Praktikum, semua pensyarah penyelia Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS), Praktikum dan Internship serta semua pelajar dan warga
Kent yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tanpa sokongan dan
kerjasama daripada anda semua, kejayaan Unit Praktikum dalam melaksanakan
pelbagai program pada tahun 2024 ini tidak mungkin dapat dicapai. Terima kasih
atas dedikasi dan komitmen yang telah ditunjukkan. Semoga usaha kita bersama
terus memberikan impak yang positif dan bermakna.