Jikalau baik tunjokkan ʿalamat baik
Jikalau jahat tunjokkan ʿalamat jahat!”
Pada esok hari buleh [buka] tudong itu pagi-pagi hari Allah tandahi (? tanda-i)
baik dan jahat: w’ʿaleyhi al-salam.
[xlviii] Lucky and Unlucky Seasons for Building
Dan lagi pada menyatakan jika handak mendirikan rumah mahu-lah di-katahui
baik dan jahat-nya didalam bulan yang duabĕlas itu:—Pertama-tama kapada
bulan Muharram mendirikan rumah banyak haru-biru-nya. Dan kapada bulan
Safar mendirikan rumah banyak beruleh harta dan sahya. Dan kapada bulan
Rabi’-al-awal mendirikan rumah satelah sudah rumah itu tuan-nya mati. Dan
kapada bulan Rabi’-al-akhir mendirikan rumah baik sentosa yang ampunya
rumah itu. Dan kapada bulan Jumada-’l-awal mendirikan rumah itu ʿalamat
kahilangan har[ta] dan pakeian. Dan kapada bulan Jumada-’l-akhir mendirikan
rumah itu penyakitan lagi perchinta’an padah-nya. Dan kapada bulan Rejab
mendirikan rumah terlalu jahat tiada balik lagi harta kahilangan itu ada-nya. Dan
kapada bulan Shaʿban mendirikan rumah di-kasih sagala Raja-raja dan orang
besar-besar bun rahmat akan dia sakalian ada-nya. Dan kapada Ramthan
mendirikan rumah itu ʿalamat kadatangan amas dan perak ada-nya. Dan kapada
bulan Shawal mendirikan rumah itu ʿalamat terbakar lagi berchĕrei dengan kasih
atau istri-nya, tiada baik padah-nya ada-nya. Dan kapada bulan Zulkaʿidah
mendirikan rumah itu ʿalamat kasukaran akan beruleh padah-nya ada-nya. Dan
kapada bulan Zulhaji mendirikan rumah beruleh harta dan sahya dan kerbau dan
lembu di-nĕgrahi Allah taʿala akan dia: w’ʿaleyhi al-salam.
[xlix] Directions for Building [p. 143.
Dan lagi jikalau handak mengorek lobang tiang, jangan kena bayang-bayang,
atau handak mendirikan tiang, tiada baik kasusahan-nya lagi penyakitan terlalu