KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PENGGUNAAN KIT "SKH" SECARA ANSUR MAJU MENINGKATKAN
KEKEMASAN TULISAN MURID TAHUN 3

Nazihatul Athirah Binti Azaman Dr. Effendy Bin Yusuff

PISMP Bahasa Melayu (SK) Ambilan Jun 2018
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
[email protected]

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kekemasan tulisan bagi murid tahun 3 secara ansur
maju menggunakan KIT "SKH". KIT "SKH" adalah singkatan daripada perkataan Susun Kotak Huruf.
Tulisan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan khasnya kanak-kanak. Mereka perlu
didedahkan cara menulis yang betul agar tulisan mereka mampu difahami oleh pembaca. Kajian tindakan
yang telah dijalankan bertujuan untuk membantu murid tahun 3 menulis dengan lebih kemas dan teratur.
Peserta kajian dalam kajian tindakan ini terdiri daripada lima orang murid tahun 3 di salah sebuah sekolah
yang terletak di daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian mempunyai masalah tulisan yang kurang kemas
dan tidak teratur. Model Kurt Lewin (1948) telah digunakan dalam kajian ini. Data telah dikumpulkan
melalui ujian (pra dan pasca), analisis dokumen dan kaedah pemerhatian. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa semua peserta kajian berjaya memperbaiki tulisan mereka dalam ujian pasca
berbanding ujian pra. Hasil kajian telah mendapati bahawa kaedah ansur maju menggunakan KIT "SKH"
adalah berkesan dalam meningkatkan kekemasan tulisan murid tahun 3.
Kata Kunci : Kit SKH, menulis, ansur maju, tulisan


ABSTRACT
This action research was conducted to improve the neatness of writing for year 3 students gradually
advanced using KIT SKH. KIT SKH is an abbreviation of the word Arrange the Letter Boxes. Writing
plays a very important role in the lives of children especially. They need to be exposed to the correct way
of writing so that their writing can be understood by the reader. The action research that has been
conducted aims to help Year 3 students write more neatly and systematically. The study participants in
this action research consisted of five year 3 students in one of the schools located in Tuaran district,
6DEDK6WXG\SDUWLFLSDQWVKDGSUREOHPVZLWKXQWLG\DQGGLVRUJDQL]HGZULWLQJ.XUW/HZLQ¶V  PRGHO
was used in this study. Data were collected through tests (pre and post), document analysis and
observational methods. The results of the study showed that all study participants managed to improve
their writing in the post-test as compared to the pre-test. The results of the study have found that the
advanced compromise method using KIT SKH is effective in improving the writing neatness of year 3
students.
Keywords: SKH kit, writing, forward tolerance, writing

Free download pdf