KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PENGENALAN

Kemahiran menulis, membaca, mengira dan menaakul merupakan asas yang sangat
penting untuk dikuasai oleh murid-murid. Tulisan yang tidak kemas menyukarkan guru
menyemak hasil kerja murid. Selain itu, kanak-kanak juga tidak dapat untuk membaca
tulisan mereka sendiri jika ditulis dengan tidak kemas. Kemahiran menulis perlu
dikuasai oleh murid-murid secara berperingkat mengikut kesediaan dan keupayaan
mereka. Murid-murid perlu bersedia dari segi kemahiran motor halus iaitu kemahiran
mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari bebas meneroka. Jika diajar berdikari
lebih awal, kanak-kanak akan lebih cepat memperoleh kemahiran manipulatif kerana
mereka berpeluang menggunakan tangan dan jari mereka untuk melalukan aktiviti
seperti makan, memakai pakaian dan bermain (Sharifah, Siti Hazlifah, 2012). Oleh itu,
peringkat awal murid-murid perlu ditekankan kemahiran pratulis dan awal tulisan.
FOKUS KAJIAN
Semasa menjalani praktikum selama tiga bulan di Sekolah St John (M), Tuaran Sabah,
pengkaji mendapati bahawa kebanyakan murid Tahun 3 menghadapi masalah dalam
penulisan. Namun pengkaji hanya memberi fokus kepada masalah tulisan yang tidak
kemas dan teratur. Pengkaji memfokuskan masalah kekemasan tulisan dari aspek
kecondongan tulisan, jarak antara huruf, huruf yang menyerupai huruf lain dan jarak
antara perkataan. Setelah meneliti permasalahan tersebut, pengkaji mendapati
bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah kekemasan tulisan
murid ini berlaku. Menurut Levin (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi
bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Penggunaan pensel yang kurang sesuai
juga merupakan salah satu punca murid melakukan banyak kesilapan semasa menulis
(Norhadi Sarponen, 2009). Menurut Sasson (1993) mendapati guru kurang memberi
penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis
dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan ruang
antara huruf dan perkataan. Pengkaji telah merancang satu Kit SKH secara ansur maju
bagi meningkatkan kekemasan tulisan murid Tahun Tiga yang diinovasikan daripada
dapatan kajian Chin Mei Yin et. al (2013), iaitu Meningkatkan Kekemasan Tulisan
Murid-murid Pemulihan Khas Dalam Penulisan Rumi Menggunakan Kit Dorating. Kit
Dorating dapat membantu dalam meningkatkan tahap kekemasan tulisan murid-murid
dalam tulisan rumi. Oleh itu, penggunaan kit telah diinovasikan oleh pengkaji ini
dikenali sebagai Kit Susun Kotak Huruf (SKH). Pengkaji menggunakan kaedah ansur
maju bagi membantu meningkatkan kekemasan tulisan murid. Kaedah ini dapat
membantu murid memahami dan mengusai kemahiran menulis. Menurut Juliana Lin

Free download pdf