KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
mengaktifkan visual, auditori, kinestatik dan tekstil murid. Setelah itu, pengkaji
memberikan lembaran kerja menulis huruf A-Z menggunakan kotak huruf yang telah
disediakan seperti dalam rajah 3.

Rajah 3 : Gel huruf dan Kotak Huruf
Tindakan 4 : Kotak Huruf dan Lembaran Kerja Kotak Perkataan

Intervensi yang ketiga pula iaitu peserta menggunakan bahan bantu mengajar Kotak
Huruf untuk menulis perkataan yang mudah seperti dalam rajah 4. Kotak huruf yang
digunakan dapat dipadamkan semula oleh murid. Oleh itu, murid dapat menggunakan
kotak huruf tersebut dengan pelbagai perkataan yang lain. Pengkaji telah
mengubahsuai Lembaran Kerja Garis Tiga yang telah diinovasikan oleh Meimon Binti
Sanai (2009). Beliau telah menghasilkan lembaran kerja yang mempunyai tiga garisan
berkembar untuk memastikan tulisan murid menjadi seragam dan selari ketinggian
serta hurufnya. Tindakan ini mendatangkan kesan positif kepada respoden untuk
menulis dengan kemas berbanding sebelumnya. Pengkaji mengubahsuaikan kaedah
pengkaji lalu dan menghasilkan Kit SKH secara ansur maju yang menggunakan kotak
huruf untuk meningkatkan kekemasan tulisan dalam kalangan murid Tahun Tiga.
Setelah itu, peserta menulis perkataan dalam lembaran kerja yang diberikan.


Rajah 4 : Kotak Huruf dan Lembaran Kerja Kotak Perkataan
Free download pdf