KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Rajah 1: Genggaman Tripod Dinamik & Cara Duduk yang Betul
Tindakan 2 : Menyusun Pom-pom dan Menyambung Titik-Titik

Setelah itu, pengkaji memberikan bahan bantu mengajar dengan menerapkan
kemahiran pratulis seperti menyusun objek yang berwarna-warni mengikut corak yang
telah disediakan oleh pengkaji seperti dalam rajah 2. Menurut Faraha (2006), warna
merupakan elemen terdekat dengan kanak-kanak dalam membuat pengecaman objek
sekelilingnya dan kanak-kanak sangat tertarik dengan warna. Justeru, kanak-kanak
sering dikaitkan tertarik dengan variasi warna kerana warna dapat mewujudkan
suasana yang menyenangkan dan menimbulkan rasa nyaman bagi kanak-kanak
sehingga dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak (Siti, 2004). Peserta juga akan
menyambung titik-titik pada bahan bantu mengajar tersebut seperti dalam rajah 2.
Aktiviti ini dapat membantu kanak-kanak meningkatkan tahap kawalan ke atas
koordinasi tangan mereka kerana setiap pergerakan tangan mereka akan
mempengaruhi tulisan yang dibentuk. Nabilah dan Mangaleswaran (2012)
menyatakan keperluan perkembangan motor halus yang melibatkan kemahiran motor
halus penting di peringkat awal.


Rajah 2: Menyusun Objek Berwarna-Warni & Menyambung Titik-Titik
Tindakan 3 : Gel Huruf dan Kotak Huruf


Intervensi yang kedua pula, pengkaji memberikan gel huruf seperti dalam rajah 3
kepada peserta kajian untuk membentuk huruf-huruf pada gel huruf tersebut. Aktiviti
ini adalah untuk membentuk perkembangan motor halus kanak-kanak justeru untuk

Free download pdf